Satu Piala Sudah Terlepas Dari Genggaman
- Details
- Published on Sunday, 03 April 2011 09:35
- Hits: 192
25 Februari 2009 (Rabu)
Hari malang buat pasukan Hijau Kuning apabila terkeluar dari saingan Piala FA setelah hanya mampu seri dengan UPB My Team (0-0) sekaligus menyaksikan satu piala telah terlepas dari genggaman tahun ini bilamana pada saingan 2 tahun lepas, pasukan Kedah memenangi gelaran berganda. Walaupun tidak kalah malam semalam namun kerana format kiraan gol di tempat lawan setelah seri (1-1) di Stadium Darul Aman sebelum ini menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan UPB My Team atas kiraan agregat. Persembahan pasukan Kedah pada tahun ini menyaksikan penurunan prestasi yang agak menggusarkan. Menyentuh persembahan malam tadi di Kelana Jaya, pasukan Hijau Kuning sebenarnya menguasai permainan cuma mungkin nasib tidak menyebelahi pasukan kerana satu gol tidak dikira dan beberapa keputusan pengadil yang mencetuskan kontroversi. Semoga selepas ini perjuangan pasukan Kedah akan terus kembali pulih dan meningkat. Selamat maju jaya pasukan Hijau Kuning. Sokongan kami adalah sepanjang zaman.
Permasyhuran Ahli Dewan Negara
- Details
- Published on Sunday, 03 April 2011 09:36
- Hits: 473

Hari ini ahli-ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh. Kerajaan Negeri Kedah telah memilih Sdr Yusof Husin dan Ir Zamri Yusof Sebagai Senator mewakili negeri Jelapang Padi.
Malaysia catat kemenangan pertama
- Details
- Published on Sunday, 03 April 2011 09:34
- Hits: 186
IPOH - Malaysia mencatat kemenangan pertama menumpaskan New Zealand 2-0 dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam semalam.
Penyerang berpengalaman, Azlan Misron dan penyerang muda, S. Selvaraju menyumbangkan gol kemenangan tersebut minit ke-34 dan minit ke-43.
Malaysia yang kalah dalam perlawanan pembukaan kepada Pakistan 2-3, Khamis lalu telah mempamerkan persembahan menarik dari awal permainan.
Lawatan ADUN Negeri Kedah
- Details
- Published on Sunday, 03 April 2011 09:36
- Hits: 400

26 dan 27 MEI 2008. Dewan Rakyat menerima kunjungan daripada delegasi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah. Rombongan yang diketuai oleh Speaker Kerajaan Negeri YB Dr Abd Isa dan Timbalan Speaker YB Ust Abd Ghani.
Rombongan tersebut menginap di KL International Hotel turut membuat lawatan ke Dewan Negara yang memulakan majlis angkat sumpah dan persidangan pada 26 MEI. Kedah yang baru sahaja melantik Sdr Mohd Yusof Hussin dan Ir Zamri yusof.
Namun Insiden yang agak mengecewakan ialah rombongan yang mengandungi delegasi 18 orang itu ialah mereka berjalan kaki dari pintu pagar utama Bangunan Parlimen.
Kedah Makin Mengganas!
- Details
- Published on Sunday, 03 April 2011 09:34
- Hits: 189
Kedah, Perak mara ke suku akhir
Oleh Bashah Zainol Abidin
JUARA Liga Super, Kedah dan Perak mengesahkan tempat ke suku akhir Piala AFC selepas mencatat kemenangan ke atas dua kelab Singapura apabila Kedah membelasah Home United 4-1 pada aksi Kumpulan D di Alor Setar manakala Perak cemerlang menewaskan Angkatan Tentera Singapura (SAFFC) 2-0 dalam saingan Kumpulan E di Singapura.
Di Stadium Darulaman, pelawat mengejutkan tuan rumah seawal minit keempat, apabila Ludovik Kegne yang menerima umpanan cantik kapten pasukan, Indra Shahdan Daud berjaya melakukan larian solo ke kawasan Kedah sebelum menewaskan penjaga gol, Helmi Eliza Elias daripada jarak dekat.
Gol awal itu membakar semangat pemain tuan rumah yang mula menggandakan asakan, dan usaha mereka akhirnya berhasil pada minit ke-40 apabila sepakan percuma pemain tengah dari Chile, Nelson Sam Martin dari sebelah kanan terus menerjah ke penjuru kanan gawang.
Kedah meneruskan asakan tetapi barisan serangan yang diterajui Marlon Alex James gagal menemui sentuhan penyudah sehingga tamat babak pertama dengan kedudukan terikat 1-1.
Babak kedua menyaksikan Kedah menguasai saingan awal permainan dan kembali mendahului menerusi Sabre Abu pada minit ke-46 selepas mendapat umpanan Marlon dan belum sempat Home United pulih daripada jaringan itu, Kedah mengukuhkan kedudukan menerusi sepakan penalti Nelson (m-57) selepas Baddrol Bakhtiar dikasari.
Lapan minit sebelum tamat, Marlon akhirnya menemui gawang selepas mendapat lorongan Baddrol untuk melunaskan dendam Kedah yang tewas 1-5 kepada lawan di Singapura sebelum ini.
+sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Sukan/20080515073216/Article/
Dialog dengan Peneroka
- Details
- Published on Sunday, 03 April 2011 09:30
- Hits: 241
Sempat berdialog dengan sebahagian peneroka Felcra Bukit Tampoi. Mereka dakwa dibayar dengan bayaran yang tidak setimpal. Mereka meluahkan perasaan kepada saya bersama dengan Setiausaha PAS Kawasan iaitu Ust Azam Aziz serta wakil penduduk iaitu Ibrahim.
Dewan Rakyat Kecoh Timb Menteri Elak Jawab Soalan
- Details
- Published on Sunday, 03 April 2011 09:37
- Hits: 218

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Keengganan Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) menghentikan soalan bertubi-tubinya kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron akhirnya menyebabkan perkataan yang dianggap lucah disebut sehingga menyebabkan Dewan Rakyat kecoh semalam.
Mohd Nasir, yang tidak berpuas hati dengan jawapan Idris kepada soalannya, terus mengasak untuk mengemukakan pertanyaan walaupun disuruh duduk berkali-kali oleh Idris yang ketika itu memberikan jawapan untuk kementerian Pengajian Tinggi.
http://kedahlanie.blogspot.com
Bersama Rakyat
- Details
- Published on Sunday, 03 April 2011 09:35
- Hits: 239
Ceramah maghrib di Surau Hj Abbas Kg Delek. Berkejar ke Klang. Bandar tua yang menyimpan banyak sejarah. Perjalanan yang cukup mencabar. Kesesakan yang berterusan sejak dulu. Sejak 1995, ketika berada di Kolej Islam Sultan Alam Shah, begitulah Klang. Bandar Diraja.
Namun, berjumpa rakan lama, menyapa teman baru serta rakyat yang dahagakan maklumat terkini mengubat keresahan dan kegelisahan. Bertemu rakan lama dalam Pemuda Selangor Sdr Jamiluddin Ilyas. Menyapa rakan anak-anak usrah semasa memimpin usrah Kawasan Kapar. Mereka adalah pejuang Islam dan rakyat. Pejuang tulen aset negara bertuah Malaysia
Profile
Mohd Nasir Zakaria.Padang Terap, Kedah Darul Aman, Malaysia. Merupakan ahli Parlimen Padang Terap. Pendidikan Awal di Sek Keb Kg Belukar,Maktab Mahmud, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Universiti Malaya dalam bidang Syariah & Pengurusan dan akhirnya mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UITM Shah Alam. Untuk maklumat lanjut sila emailkan pada: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
MPPAS
Ahli Parlimen PAS
-
2012 in review
The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report...
-
MP PAS Marang: Status Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS DARIPADA...
-
MP PAS Pokok Sena: Sambutan Hari Koperasi tidak dapat sambutan?
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS DARIPADA:...
Penerangan DPPNK
Penerangan Pemuda PAS Kedah
-
Ulama Teraju KebangkitanSegi Tiga Emas titik kebangkitan Islam di Asia TenggaraOleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.myPengaruh ulama turath terhadap...
-
Gegar ! Konvoi Terbesar Kedah Di Padang Terap 15 feb 2013
-
Anak muda diseru tingkatkan munajat
Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my ALOR SETAR: Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya menyeru anak-anak muda yang mendukung perjuangan...
DPP Padang Terap
DPP PADANG TERAP
-
Fitnah: Samransak timbang saman facebooker Umno
Harakahdaily,28 Apr 2013(Gambar: Samransak ditemani Ketua Pemuda PAS Padang Terap...
-
Mohd Nasir ada kelebihan pertahan Padang Terap
Mohd Nasir menyampaikan khutbah di sebuah masjid dalam kawasan Parlimen...
-
Lensa HKR Tasik Pedu : Sejarah Kebangkitan Rakyat Kedah
Sidang Parlimen
adr-padang-terap « WordPress.com Tag Feed
-
MP PAS mencelah jawapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna
Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Ustaz Mohd Nasir Zakaria dan Dr...
-
MP PAS Padang Terap Bahas RUU Bank Rakyat
Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Ustaz Mohd Nasir Zakaria membahaskan Rang...
-
MP PAS Padang Terap bela nasib Pekebun Kecil Getah
Perbahasan Rang Undang-Undang Ustaz Mohd Nasir Zakaria membahaskan Rang Undang-Undang...
Kedah la
Kedah La
-
Sedaq laa diri UMNO oii, hangpa tu kerajaan minoriti... toksah dok belagak sangat!
Kerajaan Minoriti BN Tidak Akan Bertahan LamaApa yang hendak dihairankan jika ramai rakyat samada melalui parti-parti pembangkang atau NGO-NGO atau...
-
Orang miskin yang menangkan UMNO di Putrajaya, sekarang giliran rakyat miskin pula dipijak-pijak oleh UMNO
GST: Rakyat miskin pun kena bayar cukaiKumpulan Kewangan Antarabangsa (IMF) mahu semua negara di dunia melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP...
-
Oii Mukhriz, bapak hang buat takpa, orang lain buat tak boleh pasai apa?
ALOR SETAR: “Ayuh buat debat saya dengan Mukhriz,” kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar ketika berucap pada Himpunan Black505 di...
Terap Care
TABUNG KEBAJIKAN AL-MASAKIN
-
Terapcare Anjur Khatan Perdana 2012
8.12.2012.Terapcare menganjurkan Majlis Khatan Perdana dengan anjuran bersama Pejabat YB Parlimen Padang Terap dan MTD Pedu.Kos pengurusan ditanggung oleh pihak penganjur.Pada tahun ini seramai 45 anak-anak dikhatankan oleh mudim tempatan...
-
Pasukan Kg Lamdin Siam juara Bola sepak
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Bola Sepak Kaum Thai Lamdin yang menjuarai Kejohanan Bola Sepak anjuran Pemuda Kg Masjid Baru.Johan membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM 1000.Pasukan ini mengalahkan...
-
Rumah Terbuka Aidilfitri Terapcare Meriah
Kemeriahan Aidilfitri amat jelas dirasai oleh segenap lapisa masyarakat .Terapcare,mengadakan majlis rumah terbuka aidilfitri yg saban tahun diadakan di rumah pengerusinya Ust Hamizan Amzah.Pada tahun ini kehadiran mencecah 2000 orang.Rumah...
-
Terapcare anjur majlis Khatam Quran dan Tahlil Perdana
Ramadhan Bulan Al-Quran.Terapcare tidak ketinggalan untuk menganjurkan majlis Khatam Quran bersama belia dan juga tahlil perdana bersama masyarakat.majlis diadakan di masjid Lubuk Perong. Jamuan berbuka puasa disediakan oleh pihak Masjid.Terapcare...
-
Pengerusi Terapcare turun padang melawat rumah dilanda ribut
Malang tak berbau,sebuah rumah di Kg Tanjung Luar pedu dihempap pokok Kelapa akibat ribut yang melanda,kejadian kira-kira jam 4 petang.Terapcare tampil menghulurkan sumbangan kewangan,dan barang makanan kepada magsa.Mangsa ada ketua...




