Bicara Web

pas-info

Galeri Khidmat Masyarakat



Rogol: Perlu penyelesaian cara Islam

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Sebanyak 24,635 kes rogol direkodkan di seluruh negara bagi tahun 2003 hingga 2011.

Demikian dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara bertulis kepada soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Dewan Rakyat.

Pada 2003, jenayah rogol mencatat 1,479 kes, 2004 (1,765),  2005 (1,931), 2006 (2,431), 2007 (2,098), 2008 (3,409), 2009 (3,626), 2010 (3,595) dan 2011 (3,301).

Mengulas statistik tersebut, Nasir berkata, melihat kepada jumlah kes yang semakin meningkat dari setahun ke setahun, ternyata umat Islam memerlukan undang-undang yang lebih berkesan bangi menanganinya.

Maka katanya, sangat wajar jika undang-undang syariah dilaksanakan kerana ianya bukan sahaja sekadar untuk menghukum dan mendenda penjenayah, tetapi untuk mendidik dan mencegah mereka dan masyarakat daripada melakukan jenayah.

"Tahun lalu saya ada mengemukakan soalan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman tentang memperkasakan undang-undang jenayah Islam apabila statistik jenayah pada 2008 adalah sebanyak 211 kes.

"Tapi beliau hanya menjawab kerajaan akan mengekalkan undang-undang yang sedia ada," katanya

 

Profile

Mohd Nasir Zakaria.Padang Terap, Kedah Darul Aman, Malaysia. Merupakan ahli Parlimen Padang Terap. Pendidikan Awal di Sek Keb Kg Belukar,Maktab Mahmud, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Universiti Malaya dalam bidang Syariah & Pengurusan dan akhirnya mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UITM Shah Alam. Untuk maklumat lanjut sila emailkan pada: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

MPPAS

Ahli Parlimen PAS

Penerangan DPPNK

Penerangan Pemuda PAS Kedah

DPP Padang Terap

DPP PADANG TERAP

Sidang Parlimen

adr-padang-terap « WordPress.com Tag Feed

Kedah la

Kedah La

Terap Care

TABUNG KEBAJIKAN AL-MASAKIN

  • 8.12.2012.Terapcare menganjurkan Majlis Khatan Perdana dengan anjuran bersama Pejabat YB Parlimen Padang Terap dan MTD Pedu.Kos pengurusan ditanggung oleh pihak penganjur.Pada tahun ini seramai 45 anak-anak dikhatankan oleh mudim tempatan...

  • Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Bola Sepak Kaum Thai Lamdin yang menjuarai Kejohanan Bola Sepak anjuran Pemuda Kg Masjid Baru.Johan membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM 1000.Pasukan ini mengalahkan...

  • Kemeriahan Aidilfitri amat jelas dirasai oleh segenap lapisa masyarakat .Terapcare,mengadakan majlis rumah terbuka aidilfitri yg saban tahun diadakan di rumah pengerusinya Ust Hamizan Amzah.Pada tahun ini kehadiran mencecah 2000 orang.Rumah...

  • Ramadhan Bulan Al-Quran.Terapcare tidak ketinggalan untuk menganjurkan majlis Khatam Quran bersama belia dan juga tahlil perdana bersama masyarakat.majlis diadakan di masjid Lubuk Perong. Jamuan berbuka puasa disediakan oleh pihak Masjid.Terapcare...

  • Malang tak berbau,sebuah rumah di Kg Tanjung Luar pedu dihempap pokok Kelapa akibat ribut yang melanda,kejadian kira-kira jam 4 petang.Terapcare tampil menghulurkan sumbangan kewangan,dan barang makanan kepada magsa.Mangsa ada ketua...