Bicara Web

pas-info

Galeri Khidmat Masyarakat



BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT: KEDAH LUPUS HUTANG PINJAMAN PELAJARAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Dato' Seri Diraja Ustaz Azizan Abdul Razak atas keputusan melupuskan pinjaman pelajaran bagi kes-kes terpilih.

1. DPPNK merasakan keputusan ini sangat bijak dan tepat serta kena kepada sasaran. Ia adalah satu bentuk tawaran yang tulen kepada golongan yang tidak sepatutnya dibebankan dengan hutang yang tidak wajar. Kematian, penyakit kronik, gila dan tiada daya membayar adalah golongan-golongan yang ditimpa musibah. Mereka wajib dibantu.

 

2. DPPNK merasakan tindakan ini merupakan bukti perlaksanaan Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS serta komitmen penerusan agenda Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat.

3. Tindakan ini merupakan satu lonjakan positif yang bersifat jangka panjang dalam menjaga kebajikan rakyat yang sudah sedia terhimpit dengan kos sara hidup yang menekan. Ia bukanlah satu bentuk tindakan "one off" yang bertujuan untuk menggula-gulakan rakyat.

4. DPPNK merasakan dengan keupayaan kewangan yang terbatas serta hutang tinggalan Barisan Nasional yang bertimbun, penghapusan hutang kepada golongan yang terpilih adalah wajar sebagai permulaan.

5. Tindakan kerajaan negeri merupakan satu cara perkongsian hasil negeri dengan rakyat yang wajar dijadikan contoh oleh pemimpin-pemimpin lain.

6. DPPNK yakin keputusan ini adalah berita baik kepada seluruh penjamin yang terbeban sejak sekian lama. Keputusan ini sudah pasti melegakan penjamin seterusnya mereka akan memaksimumkan sumbangan untuk pembangunan negeri dalam bentuk yang lebih sesuai.

6. DPPNK juga berpendapat, Kerajaan pusat yang mengutip hasil yang lebih banyak sepatutnya melaksanakan program ini di peringkat nasional. Adalah memalukan dengan segala hasil mahsul yang dijana daripada rakyat dengan begitu banyak, Kerajaan Pusat tidak berani bertindak seperti uyang dilakukan oleh sebuah Kerajaan negeri.

Profile

Mohd Nasir Zakaria.Padang Terap, Kedah Darul Aman, Malaysia. Merupakan ahli Parlimen Padang Terap. Pendidikan Awal di Sek Keb Kg Belukar,Maktab Mahmud, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Universiti Malaya dalam bidang Syariah & Pengurusan dan akhirnya mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UITM Shah Alam. Untuk maklumat lanjut sila emailkan pada: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

MPPAS

Ahli Parlimen PAS

Penerangan DPPNK

Penerangan Pemuda PAS Kedah

DPP Padang Terap

DPP PADANG TERAP

Sidang Parlimen

adr-padang-terap « WordPress.com Tag Feed

Kedah la

Kedah La

Terap Care

TABUNG KEBAJIKAN AL-MASAKIN

  • 8.12.2012.Terapcare menganjurkan Majlis Khatan Perdana dengan anjuran bersama Pejabat YB Parlimen Padang Terap dan MTD Pedu.Kos pengurusan ditanggung oleh pihak penganjur.Pada tahun ini seramai 45 anak-anak dikhatankan oleh mudim tempatan...

  • Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Bola Sepak Kaum Thai Lamdin yang menjuarai Kejohanan Bola Sepak anjuran Pemuda Kg Masjid Baru.Johan membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM 1000.Pasukan ini mengalahkan...

  • Kemeriahan Aidilfitri amat jelas dirasai oleh segenap lapisa masyarakat .Terapcare,mengadakan majlis rumah terbuka aidilfitri yg saban tahun diadakan di rumah pengerusinya Ust Hamizan Amzah.Pada tahun ini kehadiran mencecah 2000 orang.Rumah...

  • Ramadhan Bulan Al-Quran.Terapcare tidak ketinggalan untuk menganjurkan majlis Khatam Quran bersama belia dan juga tahlil perdana bersama masyarakat.majlis diadakan di masjid Lubuk Perong. Jamuan berbuka puasa disediakan oleh pihak Masjid.Terapcare...

  • Malang tak berbau,sebuah rumah di Kg Tanjung Luar pedu dihempap pokok Kelapa akibat ribut yang melanda,kejadian kira-kira jam 4 petang.Terapcare tampil menghulurkan sumbangan kewangan,dan barang makanan kepada magsa.Mangsa ada ketua...