ISU GURU: KERAJAAN BN TIKUSPUTIHKAN GURU
- Details
- Published on Thursday, 08 December 2011 23:40
- Hits: 970
Oleh: YB MOHD NASIR ZAKARIA
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah
Ahli Parlimen Padang Terap
Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) ingin menyatakan rasa simpati yang amat mendalam terhadap situasi terkini yang dihadapi oleh para guru dan bakal guru di negara ini. Pelbagai masalah dan kerenah melanda Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menular menjangkiti sektor pendidikan negara kita. DPPNK menuntut Kerajaan menyelesaikan dengan segera beberapa kemelut yang berlaku.
Pertama. Isu penghinaan kepada mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Pendidikan dan di fakulti-fakulti pendidikan. Menteri Pelajaran dilaporkan telah membuat kenyataan yang menghiris hati mahasiswa dengan mengatakan mahasiswa perlu mencari kerja lain berikutan tiada kekosongan jawatan. Ia telah membawa kepada perhimpunan aman yang telah dianjurkan di Universiti Perguruan Sultan Idris yang dihadiri oleh ribuan mahasiswa.
Kedua. Kementerian perlu menyatakan kesahihan dakwaan yang mengatakan berlaku kelewatan penempatan sehingga 7 bulan. Graduan ISMP seolah-olah dipermainkan dan diperbodohkan oleh KPM. Persoalan yang timbul ialah apakah ia berpunca daripada tiada perjawatan ataupun kerajaan tidak mempunyai dana untuk membayar gaji pegawai pendidikan.Apa tidaknya, dari bulan ke bulan menanti hingga sekarang borang online masih belum ada bayangnya. KPM hanya menjawab sila semak laman web KPM dari semasa ke semasa.
Ketiga. Menteri Kewangan membuat pengumuman umur persaraan dinaikkan daripada 58 ke 60 tahun lewat bajet 2012. Apakah kesan pertama dirasai oleh sektor pendidikan? Berlakunya pembekuan kenaikan pangkat dan pengambilan kakitangan baru seperti yang dibahaskan oleh saya yang dinafikan oleh menteri rupanya terjawab. Ia tetap melibatkan guru.
Keempat. Pengumuman dan kenyataan bersimpang siur KPM juga mengecewakan graduan. Termasuklah maklumat yang mengatakan graduan tidak perlu lagi mengisi borang. Tunggu sahaja dan mereka akan terus dipanggil temuduga. Termasuk juga persoalan pihak manakah yang sebenarnya menguruskan penempatan guru. KPM atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang menguruskan penempatan guru.
Kelima. Polisi KPM membingungkan. Bagi pengambilan 2007, berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia pengambilan dua kali mahasiswa untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Tanpa perlu mengikut proses biasa; tidak perlu mengisi borang UPU, tanpa ujian kelayakan guru dan ujian sakhsiah. Hanya dengan borang yang disediakan KPM mereka terus bergelar mahasiswa dengan alasan unjuran KPM kekurangan guru untuk 2011. 80 000 dilaporkan memohon, 5000 dipilih. Akhirnya mereka diminta mencari kerja lain!
Keenam. Kenyataan terbaru berkenaan 5000 graduan sudah ditemuduga juga dilihat amat mengelirukan. Bangunnya ramai graduan ISMP yang mempertikaikan kenyataan beliau. Apa sudah jadi wahai KPM dan Timbalan Menteri. Janganlah buat kenyataan yang bertentangan dengan realiti.
Ketujuh. Kenyataan kerajaan yang ingin membawa 13 000 guru asing juga menambahserabutkan lagi polisi KPM. Kera di hutan disusukan, anak bini di rumah kelaparan dan dihina.
Kelapan. KPM wajar menstrukturkan semula kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau tutup sahaja fakulti dan Universiti Pendidikan sekirannya ia tidak perlu. Janganlah struktur itu akan menambahkan lagi kadar pengangguran warga Malaysia yang sudah dianggarkan 400 000. Pemegang ISMP adalah amat sukar diterima oleh mana-mana majikan apabila tertera pendidikan. Majikan menolak kerana biasanya pemegang ijazah ini biasanya akan berhenti apabila dipanggil untuk bertugas di sekolah.
Cukuplah dengan pelbagai isu yang boleh menimbulkan kegelisahan warga pendidik yang menjadi tonggak pembangunan ilmu warga Malaysia. Isu kuarters guru, isu 9 jam bekerja dan isu elaun pengangkutan dan perpindahan yang belum kesudahan.
Justeru itu DPPNK berpandangan, Kementerian wajib menyelesaikan segera isu ini. Kepada warga guru yang menghabiskan empat tahun di universiti mempelajari ilmu pedagogi, falsafah, sosiologi, psikologi pendidikan. Seterusnya dua minggu menjalani Rancangan Orientasi Sekolah dan 14 minggu menjalani praktikum di sekolah. Fikir-fikirkan dan buat pilihan tepat dalam PRU 13.
Profile
Mohd Nasir Zakaria.Padang Terap, Kedah Darul Aman, Malaysia. Merupakan ahli Parlimen Padang Terap. Pendidikan Awal di Sek Keb Kg Belukar,Maktab Mahmud, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Universiti Malaya dalam bidang Syariah & Pengurusan dan akhirnya mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UITM Shah Alam. Untuk maklumat lanjut sila emailkan pada: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
MPPAS
Ahli Parlimen PAS
-
2012 in review
The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2012 annual report...
-
MP PAS Marang: Status Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS DARIPADA...
-
MP PAS Pokok Sena: Sambutan Hari Koperasi tidak dapat sambutan?
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : LISAN JAWAB BERTULIS DARIPADA:...
Penerangan DPPNK
Penerangan Pemuda PAS Kedah
-
Ulama Teraju KebangkitanSegi Tiga Emas titik kebangkitan Islam di Asia TenggaraOleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.myPengaruh ulama turath terhadap...
-
Gegar ! Konvoi Terbesar Kedah Di Padang Terap 15 feb 2013
-
Anak muda diseru tingkatkan munajat
Oleh IZWAN ABDUL HALIM izwan@harakah.net.my ALOR SETAR: Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya menyeru anak-anak muda yang mendukung perjuangan...
DPP Padang Terap
DPP PADANG TERAP
-
Fitnah: Samransak timbang saman facebooker Umno
Harakahdaily,28 Apr 2013(Gambar: Samransak ditemani Ketua Pemuda PAS Padang Terap...
-
Mohd Nasir ada kelebihan pertahan Padang Terap
Mohd Nasir menyampaikan khutbah di sebuah masjid dalam kawasan Parlimen...
-
Lensa HKR Tasik Pedu : Sejarah Kebangkitan Rakyat Kedah
Sidang Parlimen
adr-padang-terap « WordPress.com Tag Feed
-
MP PAS mencelah jawapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna
Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Ustaz Mohd Nasir Zakaria dan Dr...
-
MP PAS Padang Terap Bahas RUU Bank Rakyat
Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Ustaz Mohd Nasir Zakaria membahaskan Rang...
-
MP PAS Padang Terap bela nasib Pekebun Kecil Getah
Perbahasan Rang Undang-Undang Ustaz Mohd Nasir Zakaria membahaskan Rang Undang-Undang...
Kedah la
Kedah La
-
Hoi Zahid Komidi, hang buta ka apa?!!
KUALA LUMPUR: Mata Datuk Seri Zahid Hamidi hanya celik kepada media tidak pro BN yang melaporkan perkara yang betul, yang membahayakan BN.AJK...
-
Kerajaan Minoriti BN tak dapat menahan nafsu dari terus menindas rakyat!!!
KUALA LUMPUR: Nampaknya, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menamatkan tempoh berpantang mereka dengan cara menggasak rakyat dengan cukai GST yang bakal...
-
Samseng UMNO belasah aktivis rakyat
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang didakwa terlibat dalam serangan ke atas kumpulan pro Adam Adli di Sungai...
Terap Care
TABUNG KEBAJIKAN AL-MASAKIN
-
Terapcare Anjur Khatan Perdana 2012
8.12.2012.Terapcare menganjurkan Majlis Khatan Perdana dengan anjuran bersama Pejabat YB Parlimen Padang Terap dan MTD Pedu.Kos pengurusan ditanggung oleh pihak penganjur.Pada tahun ini seramai 45 anak-anak dikhatankan oleh mudim tempatan...
-
Pasukan Kg Lamdin Siam juara Bola sepak
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Bola Sepak Kaum Thai Lamdin yang menjuarai Kejohanan Bola Sepak anjuran Pemuda Kg Masjid Baru.Johan membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM 1000.Pasukan ini mengalahkan...
-
Rumah Terbuka Aidilfitri Terapcare Meriah
Kemeriahan Aidilfitri amat jelas dirasai oleh segenap lapisa masyarakat .Terapcare,mengadakan majlis rumah terbuka aidilfitri yg saban tahun diadakan di rumah pengerusinya Ust Hamizan Amzah.Pada tahun ini kehadiran mencecah 2000 orang.Rumah...
-
Terapcare anjur majlis Khatam Quran dan Tahlil Perdana
Ramadhan Bulan Al-Quran.Terapcare tidak ketinggalan untuk menganjurkan majlis Khatam Quran bersama belia dan juga tahlil perdana bersama masyarakat.majlis diadakan di masjid Lubuk Perong. Jamuan berbuka puasa disediakan oleh pihak Masjid.Terapcare...
-
Pengerusi Terapcare turun padang melawat rumah dilanda ribut
Malang tak berbau,sebuah rumah di Kg Tanjung Luar pedu dihempap pokok Kelapa akibat ribut yang melanda,kejadian kira-kira jam 4 petang.Terapcare tampil menghulurkan sumbangan kewangan,dan barang makanan kepada magsa.Mangsa ada ketua...




