|
Monday, 19 May 2008 |
|
Ahad. Bermula hidup baru. Jam 10 sudah bersama Ajik. Bertolak ke Pekan Kuala Nerang. Berjumpa Nizam seorang rakan yang sangat aktif. Beliau membawa saya berjumpa beberapa penduduk yang ingin membangunkan tanah mereka. Seorang rakan ingin melabur. Saya Cuma fasilitator. Bagi depa urus semua tu. Ada banyak lagi kerja lain.
Jam 1130 berada di Tualak, kg Pasir Putih. Seorang penduduk meninggal. Terus bertemu keluarga beliau, katanya masalah jantung. Solat jenazah jam 12. Ditemani SU kawasan Ust Azam merangkap ketua pemua. Anak arwah si mati sangat berhajat saya mengimami solat belasungkawa. Ratusan hadirin yang bersolat menunjukkan beliau amat dikenali.
Bersama ustz azam terus ke kedai Makan. Rupanya belum sarapan. Berjumpa Kak Pah dan suami serta pembantu di situ. Beliau ialah Ketua Wanita Umno Padang Terap. Acuh-tak-acuh menegur saya. Memerli puas hati ka bersekongkol dengan karpal? Jawapan saya Lakum diinukum waliadiin. Enta dia faham ke dak.. saya tak tahu.
Turut menjamu selera. OCPD Padang Terap yang baru Imbalan OCPD dan seorang pegawai PDRM. Beramah mesra dengan mereka. Mereka sangat professional. Sangat senang saya..
|
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 19 May 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Monday, 19 May 2008 |
|
Sabtu. Bermula dengan mesyuarat perhubungan PAS Kedah jam 9 pagi. Berlanjutan jam 2. Banyak perkara baru dipelajari. Balik terus ke Kg Masjid Lama menghadiri kenduri Pak Cik Far seorang aktivis PAS yang sangat gigih. Anaknya adalah kawan baik.
Terus bergegas ke Kg Pong Manis. Ada kenduri kahwin di rumah sahabat baik ayah. Bersama dengan ust mat dan Haji Abd Rahman. Beramah mesra dengan mereka sehingga jam 415. Ramai belia yang terus menghidupkan budaya gotong royong. Mereka minta saya turut turun main bola.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 19 May 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Monday, 19 May 2008 |
|
Jumaat. Balik sampai di AS untuk Majlis Irtihal atau munajat perdana PAS Kedah di batu 9 jam 430 pagi. Majlis diteruskan sehingga solat subuh. Majlis dihadiri ribuan pencinta Islam.
Jam 11 berada di Naka. Bertemu dengan seorang aktivis yang banyak membantu dan mengatur strategi untuk PRU. Beliau sangat faham kelewatan saya menziarahi beliau. Seorang tokoh yang tenang dan berilmu. Hampir satu jam bersama beliau menenangkan pemikiran. Wacana berkenaan Islam, pembangunan generasi padang terap, sampai kepada isu –isu social dan politik begitu menarik beliau kupas.
Balik ke rumah bersiap, terus ke rumah Pak Tam. Mendengar khutbah di Kg Datuk terus mengimami solat jumaat di kampong yang penuh dengan saudara mara, sepupu sepapat serta beramah mesra dengan tokwan-tokwan.
Mesyuarat bersama ahli majlis yang baru dilantik dari PAS dan PKR. Turut serta wakil-wakil di seluruh padang terap. Berbincang perancangan pembangunan dan cadangan terbaik untuk rakyat. Majlis berlanjutan jam enam.
Balik ke rumah sebentar. Mesyuarat PAS kawasan sehingga jam 1 malam. Terus tidur.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 19 May 2008 )
|
|
|
Perbahasan MP Padang Terap Usul Terima Kasih YDP Agong |
|
Thursday, 15 May 2008 |
|
Salam Semua. Selepas menunggu dengan sabar, beberapa kali tanpa peluang berbahas, mungkin disebabkan kedudukan yang agak kebelakang, akhirnya diberi peluang. Jam 1130 malam 13 Mei... 40 tahun ulangtahun peristiwa duka penuh sejarah, penuh tragis
|
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 15 May 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Tuesday, 13 May 2008 |
|
Ceramah maghrib di Surau Hj Abbas Kg Delek. Berkejar ke Klang. Bandar tua yang menyimpan banyak sejarah. Perjalanan yang cukup mencabar. Kesesakan yang berterusan sejak dulu. Sejak 1995, ketika berada di Kolej Islam Sultan Alam Shah, begitulah Klang. Bandar Diraja.
Namun, berjumpa rakan lama, menyapa teman baru serta rakyat yang dahagakan maklumat terkini mengubat keresahan dan kegelisahan. Bertemu rakan lama dalam Pemuda Selangor Sdr Jamiluddin Ilyas. Menyapa rakan anak-anak usrah semasa memimpin usrah Kawasan Kapar. Mereka adalah pejuang Islam dan rakyat. Pejuang tulen aset negara bertuah Malaysia
|
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 13 May 2008 )
|
|
|
Sidang Media MP Padang Terap |
|
Thursday, 15 May 2008 |
|
Hasrat UM bangunkan 11 hektar tanah dibantah bekas pelajar
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Hrkh) - Keputusan Universiti Malaya(UM) mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk membangunkan tanah seluas 27.5 ekar (11 hektar) mendapat bantahan beberapa orang bekas pemimpin pelajar universiti berkenaan. Ahli Parlimen Padang Terap, Mohamad Nasir Zakaria yang merupakan bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM) 1988-89 berkata tindakan tersebut perlu dibantah kerana tapak Universiti Malaya merupakan lokasi strategik yang mempunyai nilai sejarah yang tidak ternilai.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 21 October 2009 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Tuesday, 13 May 2008 |
|
Alhamdulillah, selepas bersidang 4 hari di Parlimen, seperti biasa Jumaat, Sabtu dan Ahad saya akan berada di kawasan parlimen. Sejurus 6 pagi tiba di kampung bersama adik yang memandu berterusan dari Kuala Lumpur. Solat subuh, melelapkan mata barang sepicing, sarapan. 930 pagi bertolak ke rumah wakil peribadi Pak Tam Jali di Kg Belukar Luas. Sambil mengisi minyak menunggu kedatangan saudara Daud, Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap. 11 sudah berada di Feldda Lubuk Merbau.
Felda yang bersejarah dengan pergaduhan yang membabitkan peristiwa berdarah lebih 20 tahun yang lepas. Mengadakan perbincangan dengan pemimpin cawangan diketuai Paklong Mat Ya berkenaan isu-isu setempat. Banyak maklumbalas yang diberi.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 13 May 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Malaysia catat kemenangan pertama |
|
Monday, 12 May 2008 |
|
IPOH - Malaysia mencatat kemenangan pertama menumpaskan New Zealand 2-0 dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam semalam. Penyerang berpengalaman, Azlan Misron dan penyerang muda, S. Selvaraju menyumbangkan gol kemenangan tersebut minit ke-34 dan minit ke-43. Malaysia yang kalah dalam perlawanan pembukaan kepada Pakistan 2-3, Khamis lalu telah mempamerkan persembahan menarik dari awal permainan. |
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 15 May 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 73 - 80 dari 85 |