|
Khutbah Di Masjid Bandar Baru Sg Buloh Yang Bersejarah |
|
Friday, 23 May 2008 |
Dulu, ketika berada di puncak kegemilangannya, Masjid Bandar Baru Sg Buloh sangat makmur. Ratusan jemaahnya tekun mendengar kalimat-kalimat mutiara ilmu dari sang guru yang berilmu saban malam. Namun, itu nostalgia lama dulu. Para guru itu tidak diperlukan oleh sebahagian warga yang panas telinga mendengar kebenaran.
Kata guruku, ada manusia yang bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh tumpang. Satu demi satu, guru-guru dan alim ulamak itu dipecat secara terhormat. Hanya seorang yang diberikan surat terima kasih. Yang lainnya terpaksa menamatkan kuliah mereka tanpa sempat mendengar alasan yang konkrit. Aku adalah sebahagian dari mereka.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
39 Sebab Dr M Sayonara Kepada UMNO |
|
Thursday, 22 May 2008 |
1.
Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan
Perdana Menteri telah menyalahkan semua orang kecuali dirinya sebagai penyebab
prestasi Barisan Nasional yang buruk pada Pilihanraya Umum ke-12.
2. Dia menyalahkan pengundi kerana kononnya tidak
mahukan dia menang dua-pertiga majoriti; ahli Barisan Nasional kerana sabotaj,
ahli UMNO di Kedah dan Perak juga kerana sabotaj, Tengku Razaleigh Hamzah
kerana kekalahan Barisan Nasional di Kelantan dan saya sendiri kerana lantang
mengkritik dirinya dan Kerajaan pimpinannya.
3. Apa yang dikatakan olehnya bukanlah semuanya
salah. Ada
banyak kebenaran di dalam apa yang dikatakan. Saya tahu ramai ahli UMNO yang
mengundi pembangkang. Saya akui apa yang saya katakan mungkin pengaruhi
sesetengah daripada mereka untuk lakukan apa yang tidak pernah terfikir oleh
mereka.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 26 May 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Dua Bekas Presiden Mahu UM Batalkan Cadangan Jual Tanah |
|
Ditulis oleh pedangmujahid
|
|
Wednesday, 21 May 2008 |
Kuala Lumpur, 13 Mei - Dua bekas presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mahu universiti berkenaan membatalkan niat untuk menjual tanah seluas 11 hektar di kampus utama Lembah Pantai kepada pihak pemaju yang bercadang mendirikan kondominium mewah di situ.
Mohd Nasir Zakaria (Padang Terap) dan Muhammad Haji Husain (Pasir Puteh) dalam satu sidang akhbar di parlimen hari ini berkata cadangan ini menunjukkan pihak universiti tertua itu gagal membuat penilaian wajar terhadap kepentingan masa depan kawasan milik pusat pendidikan yang strategik dan mempunyai nilai sejarah yang begitu tinggi.
Tindakan penjualan ini sekiranya benar-benar dilaksanakan kata Mohd Nasir akan membawa pelbagai implikasi termasuk menghilang dan menghakis peranan dan integriti universiti dalam usaha membina intelektual kelas pertama.
Menurut beliau dalam kegemparan Universiti Malaya begitu merudum dalam "ranking" kecemerlangan di peringkat antarabangsa, sepatutnya pihak pengurusan bertungkus lumus menggunakan segala yang ada untuk mengembalikan kedudukan asal pusat pengajian ternama itu dan bukannya sibuk untuk melepaskan harta kepunyaan sendiri kepada pihak lain.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 26 May 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
PANAS!! AL-AZHAR BATAL MOU. PELAJAR AGAMA DIANAKTIRI |
|
Wednesday, 21 May 2008 |
|
Soalan Tambahan Yang Berhormat Bachok Ust Nasharuddin Mat Isa kepada Timbalan Menteri Pelajaran telah membongkar sebab mengapa MOU antara Kerajaan Mesir dan kolej-kolej yang menghantar pelajar ke tahun tiga dibatalkan.
Banyak kolej yang terlibat langsung menghantar pelajarnya menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar selepas belajar di dalam negara dua atau tiga tahun. Kolej yang terlibat termasuklah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Kelantan.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 21 May 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Sambutan Hari Guru PASTI Padang Terap |
|
Tuesday, 20 May 2008 |
Isnin, 20 MEI 2008. Buat pertama kali selepas puluhan tahun, Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) Kawasan PadangTerap berjaya mengadakan Sambutan Hari Guru Pasti di Dewan Orang Ramai Naka. Sebelum ini walaupun dewan itu adalah untuk egunaan orang ramai, namun UMNda BN sahaja boleh guna.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 21 May 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Thursday, 15 May 2008 |
Kedah, Perak mara ke suku akhir
Oleh Bashah Zainol Abidin
JUARA Liga Super, Kedah dan Perak mengesahkan tempat ke suku akhir Piala AFC selepas mencatat kemenangan ke atas dua kelab Singapura apabila Kedah membelasah Home United 4-1 pada aksi Kumpulan D di Alor Setar manakala Perak cemerlang menewaskan Angkatan Tentera Singapura (SAFFC) 2-0 dalam saingan Kumpulan E di Singapura.
Di Stadium Darulaman, pelawat mengejutkan tuan rumah seawal minit keempat, apabila Ludovik Kegne yang menerima umpanan cantik kapten pasukan, Indra Shahdan Daud berjaya melakukan larian solo ke kawasan Kedah sebelum menewaskan penjaga gol, Helmi Eliza Elias daripada jarak dekat.
Gol awal itu membakar semangat pemain tuan rumah yang mula menggandakan asakan, dan usaha mereka akhirnya berhasil pada minit ke-40 apabila sepakan percuma pemain tengah dari Chile, Nelson Sam Martin dari sebelah kanan terus menerjah ke penjuru kanan gawang.
Kedah meneruskan asakan tetapi barisan serangan yang diterajui Marlon Alex James gagal menemui sentuhan penyudah sehingga tamat babak pertama dengan kedudukan terikat 1-1.
Babak kedua menyaksikan Kedah menguasai saingan awal permainan dan kembali mendahului menerusi Sabre Abu pada minit ke-46 selepas mendapat umpanan Marlon dan belum sempat Home United pulih daripada jaringan itu, Kedah mengukuhkan kedudukan menerusi sepakan penalti Nelson (m-57) selepas Baddrol Bakhtiar dikasari.
Lapan minit sebelum tamat, Marlon akhirnya menemui gawang selepas mendapat lorongan Baddrol untuk melunaskan dendam Kedah yang tewas 1-5 kepada lawan di Singapura sebelum ini.
+sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Sukan/20080515073216/Article/
|
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 15 May 2008 )
|
|
|
Monday, 19 May 2008 |
|
|
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 19 May 2008 )
|
|
|
Monday, 19 May 2008 |
|
|
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 16 December 2009 )
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 65 - 72 dari 85 |