|
Dewan Rakyat Kecoh Timb Menteri Elak Jawab Soalan |
|
Wednesday, 28 May 2008 |
 KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Keengganan Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) menghentikan soalan bertubi-tubinya kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron akhirnya menyebabkan perkataan yang dianggap lucah disebut sehingga menyebabkan Dewan Rakyat kecoh semalam.
Mohd Nasir, yang tidak berpuas hati dengan jawapan Idris kepada soalannya, terus mengasak untuk mengemukakan pertanyaan walaupun disuruh duduk berkali-kali oleh Idris yang ketika itu memberikan jawapan untuk kementerian Pengajian Tinggi.
http://kedahlanie.blogspot.com
|
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 28 May 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Lawatan ADUN Negeri Kedah |
|
Wednesday, 28 May 2008 |
|
26 dan 27 MEI 2008. Dewan Rakyat menerima kunjungan daripada delegasi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kedah. Rombongan yang diketuai oleh Speaker Kerajaan Negeri YB Dr Abd Isa dan Timbalan Speaker YB Ust Abd Ghani.
Rombongan tersebut menginap di KL International Hotel turut membuat lawatan ke Dewan Negara yang memulakan majlis angkat sumpah dan persidangan pada 26 MEI. Kedah yang baru sahaja melantik Sdr Mohd Yusof Hussin dan Ir Zamri yusof.
Namun Insiden yang agak mengecewakan ialah rombongan yang mengandungi delegasi 18 orang itu ialah mereka berjalan kaki dari pintu pagar utama Bangunan Parlimen.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 28 May 2008 )
|
|
|
SOALAN PARLIMEN -RUANG UNTUK SEMUA |
|
Tuesday, 27 May 2008 |
|
Salam semua. Gambar-gambar masih belum mampu di upload. Ada masalah. saya masih berusaha yang terbaik.
Saya membuka ruang kepada seluruh sahabat, dalam negara mahupun luar negara, pekerja kerajaan, swasta mahupun tidak bekerja untuk berkongsi pandangan dan menyampaikan soalan untuk kebaikan seluruh rakyat negara kita. Tidak mengira parti, agama dan bangsa serta fahaman politik. Hantar sahaja apa sahaja soalan atas apa sahaja topik. Sila hantar sebelum 29 MEI 2008.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 28 May 2008 )
|
|
|
Permasyhuran Ahli Dewan Negara |
|
Monday, 26 May 2008 |
|
Hari ini ahli-ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh. Kerajaan Negeri Kedah telah memilih Sdr Yusof Husin dan Ir Zamri Yusof Sebagai Senator mewakili negeri Jelapang Padi.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 28 May 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
“Licence to Kill”. Penghinaan Terhadap Para Doktor |
|
Monday, 26 May 2008 |
Ahli
Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latif bin Ahmad yang merupakan Timbalan
Menteri Kesihatan, telah menggunakan perkataan yag dianggap menghina pengamal
perubatan di negara kita. Ahli-ahli yang berhormat dari Pakatan Rakyat telah
membantah pengggunaan istilah tersebut.
Penggunaan istilah tersebut telah
dikatakan sebagai offensive language dalam Dewan Rakyat oleh Sdr Lim Kit Siang.
Ini termaktub di dalam Buku Peraturan Mesyuarat 36(4). Walaupun Yang Dipertua
Dewan mendapat pandangan dari Dato Noh Omar ia hanya melibatkan ahlli-ahli
dalam dewan. Namun, para pengamal perubatan dari kalangan Pakatan rakyat bangun
membantah dengan alasan mereka sangat terasa terhina dengan istilah itu.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 26 May 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Sunday, 25 May 2008 |
|
Salam Sejahtera Semua. Semoga berada dalam keadaan sihat. Malam tadi bayar hutang ceramah ngan kawan Puncak Alam. Dah lama tak pergi menjengah rakan-rakan sana. Sebahagian datang dari Saujana Utama yang saya dah kenal hampir sepuluh tahun dan terlibat dengan Dewan Pemuda PAS Subang lagi. Ada di kalangan khalayak ialah sahabat yang pernah terlibat sebagai Ketua Urusan Ulamak ketika saya adalah Ketua Penerangan Subang.
Ceramah bersama guru dan senior serta kekanda Idris Ahmad AJK PAS Pusat. Beliau terlibat dengan pemuda PAS Pusat lama betul beliau bertandig lawan Mukhriz di Jerlun. Kalah denga majoriti 2000. Seorang lagi ialah Dato Seri Prof Dr Razali Bolhi. AJK PKR Kuala Selangor. Seorang pemilik sebuah kolej dan sedang merancang mempertingkatkan Perubatan Alternatif terutama Perubatan dan Pengubatan Islam.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Sunday, 25 May 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Lawatan Ke Yayasan Amal Cawangan Selangor |
|
Friday, 23 May 2008 |
|
Selepas beberapa urusan di Sekitar Shah Alam. Aku sempat menelusuri jalan di hadapan Plaza Alam Sentral. Tempat Kumpulan lawak Senario membuat rakaman mereka. Tempat anak-anak muda berdating dan menikmati panorama Bandar Shah Alam sambil membeli dan belah.
Tiba-tiba terpadang wajah-wajah yang sangat aku kenali. Sahabat-sahabat seperjuangan yang menghidupkan kerja-kerja amal dan sosial. Mereka sedang menggantung banner bantuan kemanusiaan ke negara China yang sedang bergelut dengan Taufan Nargis. Terus berhentikan kereta, bersalaman dengan saudara Hud dan kawan-kawan yang lain. Mereka menjemput untuk menjengah pejabat mereka di tingkat bawah. Penuh dengan makanan, ubat-ubatan dan peralatan lain.
Itulah pejabat Yayasan Amal Cawangan Selangor. Penuh dengan gambar-gambar misi-mis bantuan mereka sebelum ini di Balakot, Pakistan, Acheh, Kemboja dan lain-lain. Mereka akan bertolak pagi esok katanya dengan misi yang baru. Selamat berjuang sahabat-sahabatku. Semoga diberi pertolongan dan diturunkan rahmat.
|
|
|
Friday, 23 May 2008 |
|
Masih ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan minggu ini. Persidangan Parlimen penggal pertama yang penuh hangat dan bertenaga berakhir seketika. Minggu ini tak balik kawasan. Masih ada beberapa urusan penting legasi sebelum pilhanraya perlu diselesai. Termasukla perniagaan dan urusan dengan pelanggan. Seperti Jadua. Malam tadi berkongsi maklumat di Surau al-Amin Cheras. Pertama kali tiba disitu dan berkenalan dengan kawan-kawan baru. Sempat menikmati kari daging kambing yang cukup terkenal di situ. akhirnya tiba di rumah jam 11.30. Isteri dan anak masih kecil belum tidur. Pengorbanan mereka amat berat. Ya, menjadi anak kepada ahli politik.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Friday, 23 May 2008 )
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 57 - 64 dari 85 |