|
Bersama Rakyat dan Pemimpin |
|
Monday, 09 June 2008 |
|
Cuti Parlimen bermula. Sempat mengatur beberapa program bersama rakyat dan memenuhi jemputan Kerajaan Negeri Kedah. Program kenduri kahwin juga berterusan. Puluhan kenduri dirancang walaupun terasa benar himpitan akibat kanaikan harga minyak.
Sebelah kiri ialah saya bersama pemuda-pemuda Pedu. Mereka adalah para pejuang yang cintakan agama. Kami bersama-sama bergotong-royong menebas dan membersihkan kawasan sekolah agama tertua di Pedu. Kawasannya diwakafkan. Tetapi malang, ada yang buat rumah di atasnya.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Lawatan Penolong Setiausaha MTD Paya Jaras |
|
Thursday, 05 June 2008 |
Sempat juga sahabat merangkap kekanda Zul iaitu jiran kampung di Merbau Sempak melawat-lawat ke Kompleks PAS Kawasan Padang Terap. Beliau adalah seorang sahabat yang cukup banyak terlibat dengan gerakerja bersama saya di Subang. Seorang yang mengajar saya banyak ide-ede baru bisnes dan marketing.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 05 June 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
CERAMAH PR DI STADIUM GUAR CEMPEDAK |
|
Thursday, 05 June 2008 |
Satu Ceramah oleh Pakatan Rakyat berlangsung di Stadium Guar Cempedak. Majlis itu dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Kedah. Saya mendapat jemputan dari YB Jerai, Ust Firdaus Jaafar. Turut serta ialah YB Bukit Gantang Roslan Shaharum. Beliau adalah jiran saya dalam Parlimen.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 05 June 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Ramah Mesra Ahli Politik di Majlis Perkahwinan |
|
Thursday, 05 June 2008 |
|
Jumaat, Sabtu dan Ahad seperti biasa di musim cuti sekolah. Majlis kesyukuran menyambut dan melepas di mana-mana. Bagi keluarga yang mempunyai anak lelaki, mereka akan 'menyambut' menantu perempuan. Sempat bersama sahabat semasa di Maktab Mahmud dan Kolej Islam. Zul'atfi Hj Ahmad. Beliau Junior setahun. Beliau ke UUM, saya ke UM. sudah lebih 10 tahun tak jumpa..
|
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 05 June 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Thursday, 05 June 2008 |
|
Jumaat, 30 Jun baru-baru ini berlangsung satu program ramah mesra Ahli Parlimen Padang Terap dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah Cawangan Padang Terap. Turut serta ialah Timbalan Pengerusi persatuan Tuan Haji Che Mat dan Sdr Mohd Sharif Setiausaha Persatuan. Majlis tersebut dilangsungkan dengan begitu meriah dengan kehadiran hampir 60 peniaga dan penjaja kecil.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 05 June 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Sekitar Majlis Dialog di antara penduduk kg Baru Padang Senai |
|
Thursday, 29 May 2008 |
Pada hari
Ahad, 18 Mei lalu, saya berkesempatan menghadiri satu program yang
melibatkan Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria dalam satu
majlis dialog dengan penduduk Kampung Baru Padang Sanai, Kuala Nerang.
Majlis dialog itu diadakan ekuran masalah pengambilan tanah yang
dilakukan oleh pihak berkuasa khususnya Syarikat Gula Padang Terap
[SGPT]. Syarikat ini dipercayai dipunyai oleh seorang tokoh koporat dan
usahawan terkenal di Malaysia, malah mencapai tahap orang terkaya di
ASIA, beliau yang dimaksudkan ialah Syed Bokhari Syed Mohamad.
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Parlimen Malaysia : Isu Ranking Universiti | Adik Najib |
|
|
Soalan MP Padang Terap -Kredibilti Timbalan Menteri Dipertikai : Gobala Catat Sejarah |
|
Wednesday, 28 May 2008 |
|
27 Mei adalah hari bersejarah bagiku. Soalan berkaitan dengan penarafan univeriti awam yang merudum telah diberi ruang soalan jawab lisan yang kedua. Selepas Ahli Parlimen Tenggara, aku dipanggil oleh Tan Sri Yang Dipertua untuk mengemukakan soalan kepada Kementerian Pengajian Tinngi. Aku sangat berharap menteri yang jawab. Namun menteri tidak hadir. Timbalan menteri mengambil tempat bagi pihak kementerian.
|
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 28 May 2008 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 49 - 56 dari 85 |