Mohd Nasir Zakaria.Padang Terap, Kedah Darul Aman, Malaysia. Merupakan
ahli Parlimen Padang Terap. Pendidikan Awal di Sek Keb Kg
Belukar,Maktab Mahmud, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Universiti Malaya
dalam bidang Syariah & Pengurusan dan akhirnya mendapat Sarjana
Pentadbiran Perniagaan dari UITM Shah Alam. Untuk maklumat lanjut sila
emailkan pada:
Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
YB Ustaz Nasir Ketuai Misi Kemanusiaan Ke Gaza ( Siri 1 )
Ditulis oleh raudhah7
Wednesday, 25 February 2009
Tripoli, Lubnan
Wakil PAS yang terdiri daripada YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Wan Sharafi (Sekretariat Cakno Palestin
Kelantan), Sdr Zulkifli Md Lazim dan Ustaz Zulkifli Shaari berjaya sampai
ke Pelabuhan Tripoli bersama dengan 80 wakil-wakil parti politik, gerakan
Islam, NGO, aktivis kemanusiaan, wakil kristian, pengamal perubatan dan media. Misi ini adalah satu misi untuk membuka mata dunia berkenaan kesusahan dan penganiyaan yang terpaksa ditanggung oleh saudara kita di Palestin akibat peperangan yang cukup berat sebelah.
Misi ini merupakan inisiatif Sheikh Fathi Yakan Pemimpin Utama Pakatan Amal Islam Lubnan yang juga mengendalikan Universiti Jinan di Beirut. Sheikh turut memberi peluang kepada wakil Malaysia untuk turut bersama memberi sokongan moral kepada rakyat Palestin.
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 25 February 2009 )
KUALA LUMPUR: Berikut kenyataan penuh Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Bukit Lanjan Elizabeth Wong, yang dikeluarkan oleh Datuk Lela
Bakti, Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.
SUKACITA saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri
DatUK Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli
Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Rabu, 25 Februari 2009 dan
menyembah kepada Baginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri
Selangor serta isu yang melibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat
Ping, Adun Bukit Lanjan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 25 February 2009 )
18 Februari, Kuala Lumpur. Ahli
Parlimen Padang Terap, Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria menyerti tokoh-tokoh
akademik dan bahasa negara termasuk pakar Matematik, Professor Dr Shahrin Md Zain, bekas Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka,Dato' Dr
Hassan Ahmad, Sasterawan Negara Tan Sri A
Samad Said, Professor Abdullah Hassan mendesak kerajaan agar memansuhkan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Beliau menyambut rombongan tokoh-tokoh tersebut di Parlimen dan menyerahkan
memorandum kepada Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein. Beliau
turut bersama dalam sidang media yang dikendalikan oleh Dato' Dr hassan Ahmad.
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 25 February 2009 )
18 Februari 2009 ( Rabu ) : Sesi pertanyaan lisan hari ini membangkitkan persoalan yang ditimbulkan oleh YB Padang Terap, Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria berkenaan anjakan gaji guru atau pegawai pendidikan yang memiliki Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah. Menurut Ustaz Nasir anjakan tersebut akan memberikan rangsangan kepada guru-guru agar lebih bersemangat untuk mengangkat martabat institusi pendidikan negara. Beliau yang pernah terlibat di dalam bidang pendidikan sebagai pensyarah pengurusan Islam di Bank Islam dan juga memiiliki Ijazah Sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan merasakan sudah tiba masanya bagi Kementerian Pelajaran Malaysia memperjuangkan nasib pegawa-pegawai di bawah KPM. Hal ini juga menggalakkan lebih ramai guru-guru akan berusaha untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 25 February 2009 )
17 Februari 2009 ( Selasa ) : Dewan rakyat hari ini memperlihatkan satu lagi isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ustaz Nasir Zakaria berkaitan isu getah yang berlegar mengenai penurunan harga getah yang begitu mendadak sama sekali. Soalan lisan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sebagai menjalankan amanah rakyat terutamanya di Padang Terap ialah dengan meminta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan strategi Kementerian untuk membantu meringankan beban yang dihadapi oleh penoreh getah terutamanya pekebun kecil yang berhadapan dengan penurunan harga getah yang begitu mendadak. Ini adalah kali yang kedua beliau membangkitkan persoalan harga getah. Dalam soalannya sebelum ini beliau telah membangkitkan kesusahan penduduk kawasannya yang kebanyakannya adalah penoreh. Malah ada yang berhenti atau diberhentikan kerja daripada kilang, pulang menoreh di kampung. Beliau amat memahami kesusahan ini memandangkan beliau sendiri berasal dari keluarga penoreh getah malah beliau pernah menoreh walaupun sudah belajar di universiti Malaya. Soalan itu berbunyi :Adakah pihak kementerian bercadang untuk memberi apa-apa insentif seperti yang dinikmati oleh golongan nelayan.
Menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Terap, Kementerian telah menyatakan beberapa langkah segera telah diambil antaranya :
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 25 February 2009 )
Selamat Menyambut AidilAdha buat semua warga Padang Terap khususnya dan rakyat Malaysia Amnya! Salam Penuh Pengorbanan!!
Terakhir dikemaskini ( Sunday, 07 December 2008 )
Takziah Buat Mangsa Tragedi Ngeri Bkt Antarabangsa
Sunday, 07 December 2008
Salam takziah buat semua mangsa-mangsa tragedi Bukit Antarabangsa. Saya sangat sedih dan hiba di atas apa yang berlaku. Semoga anda semua tabah menempuh ujian dan dugaan yang melanda. Semoga tiada lagi kejadian sebegini berlaku dilain masa.
Terakhir dikemaskini ( Sunday, 07 December 2008 )
Stesen bas masih belum siap!
Friday, 05 December 2008
Semalam saya telah membangkitkan isu stesen bas di Pekan Kuala Nerang yang masih belum siap. Perkara ini di bangkitkan dalam sidang dewan Parlimen ketika membahaskan belanjawan yang melibatkan perbelanjaan pembinaan prasarana.
Kepada seluruh Masyarakat Tiong Hua. Kedah Semakin Aman Semakin Makmur
Salam perjuangan.
Terasa lama tak update laman ini. Saya akui kesibukan yang agak ketara dengan sesi percutian penggal parlimen yang agak panjang. Laman ini saya khaskan untuk memberi pandangan sisi terhadap apa yang berlaku.
Universiti Malaya sekali lagi 'under fire'. Saya dan Ahli Parlimen Pasir Putih terus komited membawa isu-isu UM. Selepas pembatalan jualan tanah, isu separuh bogel yang menggegarkan,
Sedar tak sedar kita sedang melangkah ke Tahun Baru Hijrah 1431. Masa begitu pantas. Terasa terlalu banyak masa terbuang dengan perkara-perkara tidak berfaedah. Semakin direnung dan dimuhasabah, terasa semakin kerdil dengan tanggungjawab yang makin menggunung.
Lanskap politik di dalam negara kita sedang mengalami proses transformasi. Maklumat samada yang berbentuk sahih ataupun fitnah cukup mudah untuk diakses. Kebijakan dan kematangan yang berasas kepada ilmu yang bertunjangkan kebenaran sahaja yang akan membezakan antara sesama manusia. Manusia bertaqwa yang hanya berwalikan Allah dan rasul sahaja yang akan selamat.