110.jpg
Mohd Nasir Zakaria.Padang Terap, Kedah Darul Aman, Malaysia. Merupakan ahli Parlimen Padang Terap. Pendidikan Awal di Sek Keb Kg Belukar,Maktab Mahmud, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Universiti Malaya dalam bidang Syariah & Pengurusan dan akhirnya mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UITM Shah Alam. Untuk maklumat lanjut sila emailkan pada: Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
SISTEM TAKAFUL DI MALAYSIA : SATU PENILAIAN SEMULA PDF Cetak Emel
Monday, 23 March 2009

takaful_malaysia.jpgtakaful_ikhlas.jpgBaru-baru ini saya membangkitkan beberapa persoalan yang berlegar di kalangan masyarakat yang cintakan perlaksanaan Islam dalam bidang pengurusan kewangan. Saya adalah antara mahasiswa yang ditanam jiwa saya bahawa hanya Islam boleh menyelamatkan manusia baik di dunia mahupun akhirat. Malah isteri saya turut menyiapkan sebuah tesis atau latihan ilmiah berkaitan perbandingan antara takaful dan Insurans. Saya mulakan dengan membawa sepotong ayat al-Quran iaitu Surah al-Baqarah ayat 240 :

 

"Dan orang-orang yang akan meninggalkan dunia di antaramu dan meninggalkan isteri hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya iaitu diberi nafkah sehingga setahun lamanya dengantidak disuruh pindah daripada rumahnya. Akan tetapi jika mereka pindah sendiri, maka tidak adadosa baginya ataupun bagimu wali, ataupun waris daripada yang meninggal membiar merekamembuat makruf terhadap diri mereka. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana.”  

 

takaful_prudential.jpgtakaful_hsbc.jpgSistem ini sebenarnya sudah wujud sejak zaman Rasulullah SAW. Ianya dibuat dengan persetujuan ramai. Peserta menyumbang kepada pusat perbendaharaan manakala perbendaharaan membayar pampasan kerugian. Perkembangan berlaku pada zaman Umar al-Khattab dengan pengenalan sistem pencen dan ianya turut dibuka kepada orang bukan Islam.

 

 Perbahasan saya berkaitan dengan Sistem Takaful yang mulanya dulu dikenali sebagai Sistem Insurance Islam. Walaupun terlalu jauh subtance antara takaful dan insurans, namun, perkembangan begitu pantas. Islamic Insurance bermula pada 1979 dengan Sudan menubuhkan Sudanese Islamic Insurance dan tertubuhnya Islamic Arab Insurance. Seterusnya Dar al-Maal Al-Islami Geneva diwujudkan pada 1981. Perkataan takaful mula berkembang apabila tertubuhnya Islami Takafol Company di S.A. Luxembourg pada 1983, Islamic Takafol & Re-Takafol Company Bahamas serta Syarikat al-Takafol al-Islamiah Bahrin, E.C. pada tahun yang sama. Malaysia merintis kewujudan Syarikat Takaful mulai tahun 1985 selepas wujudnya Akta Takaful pada 1984.  

 

Sejarah perbincangan tentang sistem kewangan Islam ini bermula sejak 1970-an dibangkitkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Satu pasukan khas ditubuhkan pada 1982. Seterusnya wujud akta pada 1984 dan terus diperbadankan dengan Bank Islam Malaysia Berhad menjadi pemegang saham utama pada tahun 1985.

Dalam tempoh 25 tahun atau suku abad, sistem ini menjadi cukup kompetetif. Sekarang terdapat 8 pengendali takaful yang diberi lesen oleh kerajaan. Senarai adalah seperti berikut dengan sedikit perubahan iaitu Takaful Nasional bertukar menjadi Takaful Etiqa.

 

Nama Syarikat Tarikh Ditubuhkan Pemegang Saham
Takaful Malaysia 29 Nov 1984 Bank Islam
Takaful Nasional 20 Sept 1993 MNI-Maybank
Maybank Takaful 22 Okt 2001 Maybank
Takaful Ikhlas 21 April 2003 MNRB
Commerce Takaful Bhd 23 mar 2005 BCBH
PruBSN Takaful 2006 Prudential & BSN
HSBC Takaful 2006 Jernih Asia & EPF
Hong Leong Takaful 2006 Millea Asia & Hong Leong
MAA Takaful 2006 MAA Holding & Solodarity

takaful_etiqa.jpgtakaful_commerce.jpg

Dua pengendali takaful iaitu Takaful Ikhlas dan Takaful Malaysia sepenuhnya tanpa bercampur dengan insuran seperti semangat penubuhannya, manakala 6 lagi menjalankan pada masa yang sama secara dwi-sistem; iaitu mengendalikan takaful dan pada masa yang sama insurans. Beberapa isu timbul dan saya bangkitkan dalam perbahasan1. Saya sebutkan bahawa sistem insuran konvensional dan takaful mempunyai perbezaan yang jelas dan nyata. Takaful adalah merupakan suatu sistem yang dibenarkan oleh Islam. Insuransdipertikaikan kerana mempunyai unsur-unsur ketidaktentuan, unsur-unsur pelaburan yang tidakpasti dan juga mempunyai unsur-unsur riba di dalam transaksinya. Sudah tentulah ianya dipertikaikan oleh syarak. Mana mungkin boleh berjalan dua system pada masa yang sama. Saya memohon penjelasan kerajaan tentang kaedah yang sebenar tentang perlaksanaan di Malaysia. Bermula dengan full-fledge takaful iaitu melalui Takaful Malaysia pada 1985, sehinggakan pada tahun 1993 MNI-Takaful berpisah menjadi Takaful Nasional tetapi bertukar menjadi Takaful Etiqa yang dibenarkan menjalankan dwi-sistem. Adakah kita berpatah ke belakang?2. Timbul kekeliruan apabila sistem ini ditadbir dibawah satu bumbung. Seolah-olah kedua-duanya adalah dibenarkan oleh Islam. Sebenarnya objektif yang hendak dicapai juga sangat jauh. Satu berorientasikan keuntungan manakala di pihak yang lain untuk jaminan perlindungan demi mencapai keredhaan Allah. takaful_hong_leong.jpg

3. Sistem ini telah mewujudkan system satu ejen yang boleh mewakili dua produk. Satu mereka akan mempromosi produk insuran manakala satu lagi mereka akan bercakap mengenai kelebihan takaful. Ini sudah tentu akan menimbulkan kesangsian. Ia hanya akan melahirkan ejen burung kakak tua yang bercakap sesedap rasa tanpa memahami bahawa takaful dibenarkan syariat manakala insuran dipertikaikan kehalalannya. Mereka akan mereka-reka  hujah-hujah yang mengarut yang jauh lari dari kebenaran demi mencari pemegang polisi baru. Justeru apakah sikap badan-badan berkuasa agama seperti JAKIM dan IKIM.

4. Ketika kita bercakap berkenaan dengan perkembangan pesat industri ini, adakah wujud keselarasan syarat bagi menjadi ejen bagi pengendali takaful dan insuran? Ini kerana kemungkinan berlaku ejen takaful perlu memiliki syarat yang berlainan. Sudah tentu ia juga akan menimbulkan persoalan kewajaran penggabungan pengendali insurans dan takaful.Saya juga mengambil kesempatan untuk mencadangkan kepada pihak kerajaan agar kefahaman berkenaan takaful ini perlu diterapkan sejak sekolah rendah dan menengah lagi. Pada saya sekolah-sekolah agama perlu mengambil peranan ini bagi menerangkan kewajipan memahami perbezaan antara system yang halal berbanding system yang dilarang oleh syariat. Sistem berasas dengan riba yang terbukti cukup menekan semakin outdated dan dunia amat memerlukan system yang adil untuk semua.
Terakhir dikemaskini ( Monday, 23 March 2009 )
 
< Prev   Seterusnya >

kad_cina_depan.jpgSalam Sejahtera Salam Perubahan

Kepada seluruh Masyarakat Tiong Hua.  Kedah Semakin Aman Semakin Makmur

Salam perjuangan.banner_konvoi.jpg

Terasa lama tak update laman ini. Saya akui kesibukan yang agak ketara dengan sesi percutian penggal parlimen yang agak panjang. Laman ini saya khaskan untuk memberi pandangan sisi terhadap apa yang berlaku.

ust_nasir16.jpgUniversiti Malaya sekali lagi 'under fire'. Saya dan Ahli Parlimen Pasir Putih terus komited membawa isu-isu UM. Selepas pembatalan jualan tanah, isu separuh bogel yang menggegarkan,

awal_muharram.jpgSedar tak sedar kita sedang melangkah ke Tahun Baru Hijrah 1431. Masa begitu pantas. Terasa terlalu banyak masa terbuang dengan perkara-perkara tidak berfaedah. Semakin direnung dan dimuhasabah, terasa semakin kerdil dengan tanggungjawab yang makin menggunung.
 nik_aziz.jpgLanskap politik di dalam negara kita sedang mengalami proses transformasi. Maklumat samada yang berbentuk sahih ataupun fitnah cukup mudah untuk diakses. Kebijakan dan kematangan yang berasas kepada ilmu yang bertunjangkan kebenaran sahaja yang akan membezakan antara sesama manusia. Manusia bertaqwa yang hanya berwalikan Allah dan rasul sahaja yang akan selamat.

Galeri




Multimedia

Who's Online

Kami ada 16 tetamu online

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini127
mod_vvisit_counterSemalam133
mod_vvisit_counterMinggu Ini260
mod_vvisit_counterBulan Ini972
mod_vvisit_counterKeseluruhan116140

Pengunjung Mengikut Negara

Totals Top 10
 73 % Malaysia (29690)
 8 % China (3434)
 7 % United States (2904)
 3 % Egypt (1081)
 < 1.0 % United Kingdom (519)
 < 1.0 % Unknown (365)
 < 1.0 % Japan (275)
 < 1.0 % Indonesia (220)
 < 1.0 % Latvia (214)
 < 1.0 % Russian Federation (170)
40236 Pelawat Dari 96 Negara

Syndicate


Waktu Solat

Info Zon

Bicara Web


Free chat widget @ ShoutMix

You are here:Muka Depan