|
Sekitar Majlis Dialog di antara penduduk kg Baru Padang Senai |
|
|
|
|
Thursday, 29 May 2008 |
Pada hari
Ahad, 18 Mei lalu, saya berkesempatan menghadiri satu program yang
melibatkan Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria dalam satu
majlis dialog dengan penduduk Kampung Baru Padang Sanai, Kuala Nerang.
Majlis dialog itu diadakan ekuran masalah pengambilan tanah yang
dilakukan oleh pihak berkuasa khususnya Syarikat Gula Padang Terap
[SGPT]. Syarikat ini dipercayai dipunyai oleh seorang tokoh koporat dan
usahawan terkenal di Malaysia, malah mencapai tahap orang terkaya di
ASIA, beliau yang dimaksudkan ialah Syed Bokhari Syed Mohamad.
Beliau
dipercayai melalui SGPT membeli tanah-tanah disekitar perkampungan
orang-orang Melayu dan Siam yang di sini.Penduduk di sini terkepung di
tengah-tengah. Satu lagi masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini
ialah cadang kerajaan untuk membangunan Pusat Penyelidikan Getah
Malaysia di kawasan tanah yang diusahakan oleh penduduk kampung.
Dahulunya,
mereka telah pun hilang banyak tanah yang ditanam dengan pokok-pokok
getah dan buah-buahan tempatan. Tanaman mereka dimusnahkan oleh PKNK
dan PKNK bertindak merampas tanah mereka untuk membangunkan projek
Ladang Rakyat. Pampasan yang diberi oleh pihak SGPT dan PKNK sangat
rendah tidak sepadan dengan kos belanja hidup sekarang ini
Amat
mendukacitakan sekali penduduk di kampung ini dijadikan seolah-olah
sebagai pelarian di tanah air sendiri. Mereka berpindah dari satu
tempat ke tempat lain setelah tanah mereka dirampas oleh pihak
berkuasa. Berkali-kali penduduk di sini memohon mendapatkan hak milik,
tetapi ia tidak dipedulikan oleh kerajaan UMNO yang memerintah Kedah
dulu
YB Nasir
Zakaria mendengar segala penderitaan yang ditanggung oleh penduduk di
kampung ini dan beliau berjanji akan berusaha sedaya mungkin bagi
menyelesaikan dengan membawa perkara ini kepada YAB Menteri Besar bagi
mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Majlis dialog ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dengan tanah
YB Ustaz Nasir sedang mencatat sesuatu
YB Ustaz Nasir sedang memberi penjelasan
Sebahagian penduduk yang hadir dalam majlis
dialog tersebut
Seorang penduduk sedang menyampaikan
masalah yang terbuku dihati
"SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”
|