| Khutbah Di Masjid Bandar Baru Sg Buloh Yang Bersejarah |
|
|
|
| Friday, 23 May 2008 | |
Dulu, ketika berada di puncak kegemilangannya, Masjid Bandar Baru Sg Buloh sangat makmur. Ratusan jemaahnya tekun mendengar kalimat-kalimat mutiara ilmu dari sang guru yang berilmu saban malam. Namun, itu nostalgia lama dulu.
Kata guruku, ada manusia yang bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh tumpang. Satu demi satu, guru-guru dan alim ulamak itu dipecat secara terhormat. Hanya seorang yang diberikan Inilah sebab kejatuhan ummat dan kehancuran empayar Islam. Inilah sebab, manusia tidak tenteram. Segala tindak tanduk manusia tiada kaitan dengan agama pada pandangan puak sekular ini. Inilah yang menimpa Masjid Bandar Baru Sg Buloh. Lalu masjid itu disenaraihitamkan. Lebih hina dari puluhan kelab-kelab malam yang berselerakan di sekitar Sg Buloh, Damansara Damai dan Kota Damansara.
Siang tadi, aku kembali lagi ke Masjid penuh bersejarah itu. Ia mula ceria semula. Namun anak-anak warga Sg Buloh yang dihalau keluar dari sekolah agama yang terletak di dalam kawasan masjid masih lagi terpaksa bergelut dengan bahaya lalulintas di seberang Aku dijemput memberi tazkirah di situ. Untuk catatan, tazkirah di larang di masjid dan surau seluruh Selangor Ramadhan lalu. Mengganggu orang beribadat, alasan MB lalu. 15 minit kemudian, aku berkhutbah di mimbarnya. Sebelumnya, aku dibisikkan agar membaca doa untuk sultan. Katanya wartawan dan polis memantau. Aku membaca khutbah Jabatan Agama Islam Selangor. Selepas khutbah sempat disapa oleh SB Amin. Orang yang selalu menghubungi aku ketika aku Yang Dipertua PAS Subang. Dia kata khutbah yang baik dan minta teks khutbah. Aku dah agak dah. Kata dia, itu tugas dia. Aku faham. Faham sangat-sangat. Ingat nak suruh dia pergi pantau tempat maksiat yang berlambak di kawasan itu.. Namun malas nak panjangkan perbualan. |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
| Totals Top 10 | ||
![]() | 73 % | Malaysia (29690) |
![]() | 8 % | China (3434) |
![]() | 7 % | United States (2904) |
![]() | 3 % | Egypt (1081) |
![]() | < 1.0 % | United Kingdom (519) |
![]() | < 1.0 % | Unknown (365) |
![]() | < 1.0 % | Japan (275) |
![]() | < 1.0 % | Indonesia (220) |
![]() | < 1.0 % | Latvia (214) |
![]() | < 1.0 % | Russian Federation (170) |
| 40236 Pelawat Dari 96 Negara | ||