110.jpg
Mohd Nasir Zakaria.Padang Terap, Kedah Darul Aman, Malaysia. Merupakan ahli Parlimen Padang Terap. Pendidikan Awal di Sek Keb Kg Belukar,Maktab Mahmud, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Universiti Malaya dalam bidang Syariah & Pengurusan dan akhirnya mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UITM Shah Alam. Untuk maklumat lanjut sila emailkan pada: Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
PANAS!! AL-AZHAR BATAL MOU. PELAJAR AGAMA DIANAKTIRI PDF Cetak Emel
Wednesday, 21 May 2008

BACHOK.jpgSoalan Tambahan Yang Berhormat Bachok Ust Nasharuddin Mat Isa kepada Timbalan Menteri Pelajaran telah membongkar sebab mengapa MOU antara Kerajaan Mesir dan kolej-kolej yang menghantar pelajar ke tahun tiga dibatalkan.

 

Banyak kolej yang terlibat langsung menghantar pelajarnya menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar selepas belajar di dalam negara dua atau tiga tahun. Kolej yang terlibat termasuklah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Kelantan.

Pelajar-pelajar ini akan melalui proses temuduga semula semasa tiba di Mesir untuk menentukan tahun mereka sepatutnya sambung berdasarkan keputusan yang mereka perolehi.

 

TANGGABAT.jpgTimbalan Menteri Datuk Haji Idris Harun  yang merupakan Ahli Parlimen Tangga Batu memberitahu parlimen dalam jawapannya kepada Ust Nasharuddin mengatakan permintaan pasaran terhadap graduan agama adalah minima. Sebab itu telah mendorong kerajaan menghadkan penghantaran pelajar ke al-Azhar. Keputusan tersebut jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan lebih mengutamakan pembangunan fizikal berbanding pembangunan insan yang bersepadu. Kerajaan masih belum belajar tetang msalah sosial dalam negara kita yang hanya boleh diselesaikan dengan agama.

 

 

Banyak persoalan yang timbul dalam persoalan pembatalan MOU ini. Adakah pembatalan al-Azhar dalam isu MOU ini adalah dengan campurtangan kerajaan Malaysia? Apakah nasib yang akan dihadapi oleh pelajar yang berada di kolej-kolej ini? Adakah pihak kerajaan akan membayar pampasan kepada ibubapa pelajar yang sudahpun mengeluarkan perbelanjaan yang begitu banyak dari poket sendiri untuk menanggung anak-anak mereka semasa belajar di kolej-kolej ini? Apakah pelaburan kerajaan negeri sebelum ini dalam membina prasarana yang bernilai puluhan juta akan lebur begitu sahaja? Adakah ini satu lagi diskriminasi terhadap kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat yang mana kebanyakan kolej-kolej ini berada di negeri-negeri terbabit.

 

Jawapan  kerajaan ini amatlah tidak bertanggungjawab dan penghinaan kepada graduan agama khususnya graduan al-Azhar yang cukup berjasa terhadap perkembangan Islam di Negara kita.

Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 21 May 2008 )
 
< Prev   Seterusnya >

kad_cina_depan.jpgSalam Sejahtera Salam Perubahan

Kepada seluruh Masyarakat Tiong Hua.  Kedah Semakin Aman Semakin Makmur

Salam perjuangan.banner_konvoi.jpg

Terasa lama tak update laman ini. Saya akui kesibukan yang agak ketara dengan sesi percutian penggal parlimen yang agak panjang. Laman ini saya khaskan untuk memberi pandangan sisi terhadap apa yang berlaku.

ust_nasir16.jpgUniversiti Malaya sekali lagi 'under fire'. Saya dan Ahli Parlimen Pasir Putih terus komited membawa isu-isu UM. Selepas pembatalan jualan tanah, isu separuh bogel yang menggegarkan,

awal_muharram.jpgSedar tak sedar kita sedang melangkah ke Tahun Baru Hijrah 1431. Masa begitu pantas. Terasa terlalu banyak masa terbuang dengan perkara-perkara tidak berfaedah. Semakin direnung dan dimuhasabah, terasa semakin kerdil dengan tanggungjawab yang makin menggunung.
 nik_aziz.jpgLanskap politik di dalam negara kita sedang mengalami proses transformasi. Maklumat samada yang berbentuk sahih ataupun fitnah cukup mudah untuk diakses. Kebijakan dan kematangan yang berasas kepada ilmu yang bertunjangkan kebenaran sahaja yang akan membezakan antara sesama manusia. Manusia bertaqwa yang hanya berwalikan Allah dan rasul sahaja yang akan selamat.

Galeri




Multimedia

Who's Online

Kami ada 16 tetamu online

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini124
mod_vvisit_counterSemalam133
mod_vvisit_counterMinggu Ini257
mod_vvisit_counterBulan Ini969
mod_vvisit_counterKeseluruhan116138

Pengunjung Mengikut Negara

Totals Top 10
 73 % Malaysia (29690)
 8 % China (3434)
 7 % United States (2904)
 3 % Egypt (1081)
 < 1.0 % United Kingdom (519)
 < 1.0 % Unknown (365)
 < 1.0 % Japan (275)
 < 1.0 % Indonesia (220)
 < 1.0 % Latvia (214)
 < 1.0 % Russian Federation (170)
40236 Pelawat Dari 96 Negara

Syndicate


Waktu Solat

Info Zon

Bicara Web


Free chat widget @ ShoutMix

You are here:Muka Depan