110.jpg
Mohd Nasir Zakaria.Padang Terap, Kedah Darul Aman, Malaysia. Merupakan ahli Parlimen Padang Terap. Pendidikan Awal di Sek Keb Kg Belukar,Maktab Mahmud, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Universiti Malaya dalam bidang Syariah & Pengurusan dan akhirnya mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UITM Shah Alam. Untuk maklumat lanjut sila emailkan pada: Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
KENYATAAN MEDIA: PADANG TERAP PERTIKAI NAIB CANSELOR UM PDF Cetak Emel
Wednesday, 16 December 2009

ust_nasir16.jpgUniversiti Malaya sekali lagi 'under fire'. Saya dan Ahli Parlimen Pasir Putih terus komited membawa isu-isu UM. Selepas pembatalan jualan tanah, isu separuh bogel yang menggegarkan,

isu e-voting, isu Akademi Islam, sijil, International Scintific Index, kepala babi, tindakan kepada 8 pelajar dan lain-lain yang dibangkitkan. Berikut ialah kenyataan penuh Sidang Akhbar.

Kenyataan Akhbar

Mempertikai Kredibiliti Naib Canselor Universiti Malaya

 

10 Disember 2009

 

 

1.     Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

2.     Hari ini, saya Ahli Padang Terap mahu membangkitkan beberapa isu berkaitan Universiti Malaya. Berdasarkan isu-isun yang akan saya sebut selepas ini, saya mempersoalkan kredibiliti Prof. Datuk Dr. Gauth Jasmon memimpin universiti terbaik di Malaysia ini sebagai Naib Canselor

 

3.     Di sini, saya memohon Kementerian Pengajian Tinggi dan Dr. Gauth sendiri menjelaskan asas perlantikan: dua kakitangan Universiti –

                        (1)Dr. David Ngo Chek Leng sebagai Profesor dan Dekan Fakulti Sains Komputer dan

                            Teknologi Maklumat (FSKTM); dan

                        (2)Dr. David Asirvatham sebagai Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM).

 

4.     PERTAMA – Saya persoalkan kelayakan, Dr. David Ngo Chek Leng bagi menyandang jawatan PROFESOR kerana:

i.       Beliau tidak mempunyai kelayakan minimum – iaitu kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE atau kelulusan yang setaraf dengannya sebagaimana dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2008.

5.     Berhubung jawatan Dr. David Ngo Chek Leng sebagai DEKAN pula, saya mahu mempersoalkan:-

i.       Adakah tidak ada langsung pensyarah UM sendiri atau suara dari dari fakulti dipertimbangkan sehingga Dr. Gauth perlu membawa pensyarah luar. Saya difahamkan sebahagian besar ahli akademik fakulti tersebut menyatakan rasa tidak puashati dengan menghantar surat bantahan bertarikh 30 Jun 2008 dan diikuti dengan keputusan undi tidak percaya kepada Naib Canselor, namun ia tidak mendapat maklumbalas.

ii.     Saya mendapat maklumat bahawa beliau tidak mampu bertutur dalam bahasa Malaysia, sedangkan amalan sepatutnya mesyuarat di agensi kerajaan termasuk IPTA dikendalikan dalam bahasa Malaysia. Saya mendapat maklumat, beberapa mesyuarat rasmi di fakulti tersebut beberapa kali dibatalkan disebabkan masalah tersebut.

 

6.     Soalan saya, adakah KPT dan Naib Canselor tidak profesional dalam perlantikan Dr. David Ngo Chek Leng, atau Dr. Gauth sebenarnya mengamalkan kronisme dalam perjawatan Universiti? Dr. Gauth daripada Universiti Multi Media (MMU) dan Dr. David Ngo Chek Leng juga dari Universiti yang sama sebelum menjadi sebahagian dari kakitangan UM.

 

7.     KEDUA - Perlantikan Dr. David Asirvatham bagi menyandang jawatan  Pengarah Pusat Teknologi Maklumat (PTM) juga saya persoalkan kerana:

i.       Bagaimana beliau boleh menjawat jawatan tersebut, sedangkan rekod Universiti menunjukkan beliau tidak melalui proses temuduga; sama ada oleh Universiti atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sendiri? Adakah cukup memadai beliau ditemubual oleh Naib Canselor (Dr. Gauth) dan TNC (Pembangunan) sahaja sebagaimana yang dilaporkan Disember tahun lepas? Tender tertutup? Peribadi yang istimewa? Kronisme?

ii.     Saya juga meragui berkenaan tawaran gajinya yang Universiti berikan – RM18 000 sebulan; suatu angka di luar kebiasaan tangga gaji kakitangan Universiti hatta kakitangan dalam JPA sendiri.

iii.   Saya lebih terkejut, bagaimana Dr. David Asirvatham boleh dilantik sebagai Pengarah PTM sedangkan kepakaran atau disiplin pengajiannya dalam ­e-Learning, bukannya pakar dalam Sains Komputer. Kalau perjawatan tidak berdasarkan kepakaran atau disiplin pengajian, atas asas apa Universiti melantik beliau? Adakah disebabkan Dr. Gauth bekas Naib Canselor MMU, maka boleh dilantik kakitangan MMU langsung menjadi kakitangan UM?

8.     Untuk perhatian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), suatu surat aduan berhubung dua perlatikan ‘misteri’ terbabit telah dihantar kepada Kementerian pada 3 Julai 2009, namun sehingga sekarang tiada jawapan profesional oleh pihak berwajib. Adakah Menteri atau Timbalan Menteri atau KPT sendiri terlibat dalam dua perlantikan ‘misteri’ terbabit?

10. Adakah dengan hujah untuk menaikkan ranking universiti Malaya, maka segala amalan dan tindakan Dr Ghauth perlu dibenarkan.

Berdasarkan pendedahan ini, saya mempertikai kredibiliti KPT dan Dr. Gauth sendiri sebagai Naib Canselor UM. Jangan jadikan Universiti medan kronisme dan tender jawatan secara tertutup kerana ia akan menghakis kebebasan akademik dan autonomi Universiti.

 

 

MOHD NASIR ZAKARIA

MP Padang Terap

 

MUHAMMAD BIN HUSAIN

MP Pasir Puteh

 

 

 

Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 16 December 2009 )
 
< Prev   Seterusnya >

kad_cina_depan.jpgSalam Sejahtera Salam Perubahan

Kepada seluruh Masyarakat Tiong Hua.  Kedah Semakin Aman Semakin Makmur

Salam perjuangan.banner_konvoi.jpg

Terasa lama tak update laman ini. Saya akui kesibukan yang agak ketara dengan sesi percutian penggal parlimen yang agak panjang. Laman ini saya khaskan untuk memberi pandangan sisi terhadap apa yang berlaku.

ust_nasir16.jpgUniversiti Malaya sekali lagi 'under fire'. Saya dan Ahli Parlimen Pasir Putih terus komited membawa isu-isu UM. Selepas pembatalan jualan tanah, isu separuh bogel yang menggegarkan,

awal_muharram.jpgSedar tak sedar kita sedang melangkah ke Tahun Baru Hijrah 1431. Masa begitu pantas. Terasa terlalu banyak masa terbuang dengan perkara-perkara tidak berfaedah. Semakin direnung dan dimuhasabah, terasa semakin kerdil dengan tanggungjawab yang makin menggunung.
 nik_aziz.jpgLanskap politik di dalam negara kita sedang mengalami proses transformasi. Maklumat samada yang berbentuk sahih ataupun fitnah cukup mudah untuk diakses. Kebijakan dan kematangan yang berasas kepada ilmu yang bertunjangkan kebenaran sahaja yang akan membezakan antara sesama manusia. Manusia bertaqwa yang hanya berwalikan Allah dan rasul sahaja yang akan selamat.

Galeri




Multimedia

Who's Online

Kami ada 14 tetamu online

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini124
mod_vvisit_counterSemalam133
mod_vvisit_counterMinggu Ini257
mod_vvisit_counterBulan Ini969
mod_vvisit_counterKeseluruhan116138

Pengunjung Mengikut Negara

Totals Top 10
 73 % Malaysia (29690)
 8 % China (3434)
 7 % United States (2904)
 3 % Egypt (1081)
 < 1.0 % United Kingdom (519)
 < 1.0 % Unknown (365)
 < 1.0 % Japan (275)
 < 1.0 % Indonesia (220)
 < 1.0 % Latvia (214)
 < 1.0 % Russian Federation (170)
40236 Pelawat Dari 96 Negara

Syndicate


Waktu Solat

Info Zon

Bicara Web


Free chat widget @ ShoutMix

You are here:Muka Depan