110.jpg
Mohd Nasir Zakaria.Padang Terap, Kedah Darul Aman, Malaysia. Merupakan ahli Parlimen Padang Terap. Pendidikan Awal di Sek Keb Kg Belukar,Maktab Mahmud, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Universiti Malaya dalam bidang Syariah & Pengurusan dan akhirnya mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UITM Shah Alam. Untuk maklumat lanjut sila emailkan pada: Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
Salam Tahun Baru Hijrah PDF Cetak Emel
Tuesday, 15 December 2009
awal_muharram.jpgSedar tak sedar kita sedang melangkah ke Tahun Baru Hijrah 1431. Masa begitu pantas. Terasa terlalu banyak masa terbuang dengan perkara-perkara tidak berfaedah. Semakin direnung dan dimuhasabah, terasa semakin kerdil dengan tanggungjawab yang makin menggunung.

Nampaknya, dunia saya berlegar akhir-akhir ini dengan beberapa program yang statik. Berdepan dengan rakyat dan cuba sebaik mungkin memenuhi harapan mereka sebagai wakil rakyat. Bertindak sebagai suami dan bapa kepada isteri dan anak-anak. Bertindak sebagai ahli dan pemimpin kepada jamaah. Pada sudut yang lain sebagai hamba kepada Allah. Sisi yang lain sebagai manusia biasa yang cuba mencari kepuasan dan kebahgiaan diri sendiri. Banyak sisi lain yang boleh dikupas sekiranya dilihat kepada disiplin ilmu dan sosial.

Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya kamu ada tanggungjawab terhadap tuhan kamu, kamu ada tanggungjawab terhadap ahli kamu (rakyat, pengikut, pengundi, keluarga dll) dan kamu juga ada tanggungjawab terhadap diri kamu. Justeru tunaikanlah tanggungjawab kepada setiap yang berhak"

Sebagai seorang hamba Allah, saya berusaha melakukan yang terbaik. Saya cuba melakukan sepenuh hati dan percaya bahawa saya perlu menjadi hamba Allah dalam semua aspek kehidupan. Saya perlu mengajak keluarga, rakan2 dan masyarakat (pemimpin atau pengikut) berintimak dengan Islam. Saya percaya bahawa Islam adalah penyelesaian kepada semua permasalahan yang berlaku di dunia. Saya tidak perlu berasa gundah gulana dengan segala cabaran yang mendatang kerana itulah sunnah perjuangan yang mesti ditempuhi dan telahpun ditempuhi oleh reformis terdahulu. Sudah tentu saya masih jauh dari yang sepatutnya. terlalu banyak ruang yang saya masih tertinggal dan perlu dibaiki.

 

Sebagai seorang pemimpin kecil yang banyak kekurangan, saya masih perlu banyak bimbingan. Baik dari pimpinan atasan ataupun daripada orang bawah. Saya sedar masih banyak tanggungjawab yang belum tertunai. Saya cuba yang terbaik untuk lakukan di Dewan Rakyat dengan menggabungkan segala kemampuan yang ada. Pada masa yang sama, I'm willing to learn. Sebagai wakil rakyat, saya bertanggungjawab kepada manusia yang mempunyai latar yang pelbagai. Ada petani, penoreh, guru, penganggur, belia, warga emas, ibu tunggal, ulamak, tua, muda, berilmu, kurang ilmu, pekerja kilang dan bermacam ragam yang perlu ditangani secara bijaksana. Saya sebagai seorang pimpinan pemuda negeri dan pemuda pusat pula berdepan dengan bermacam-macam kerenah manusia.

Saya juga adalah manusia biasa yang perlu meraikan hak dan keperluan diri sendiri, Masa rehat, kesihatan, masa bersama keluarga, anak-anak yang sedang membesar, masa untuk membaca dan bertafakkur dan masa untuk bersosial.

Apapun, 1431 perlu dijadikan titik perubahan. Saya perlu positif dan berfikir jauh kehadapan. Membina dan bersedia fizikal, mental dan emosi untuk terus melakukan yang terbaik.

 

Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 16 December 2009 )
 
< Prev   Seterusnya >

kad_cina_depan.jpgSalam Sejahtera Salam Perubahan

Kepada seluruh Masyarakat Tiong Hua.  Kedah Semakin Aman Semakin Makmur

Salam perjuangan.banner_konvoi.jpg

Terasa lama tak update laman ini. Saya akui kesibukan yang agak ketara dengan sesi percutian penggal parlimen yang agak panjang. Laman ini saya khaskan untuk memberi pandangan sisi terhadap apa yang berlaku.

ust_nasir16.jpgUniversiti Malaya sekali lagi 'under fire'. Saya dan Ahli Parlimen Pasir Putih terus komited membawa isu-isu UM. Selepas pembatalan jualan tanah, isu separuh bogel yang menggegarkan,

awal_muharram.jpgSedar tak sedar kita sedang melangkah ke Tahun Baru Hijrah 1431. Masa begitu pantas. Terasa terlalu banyak masa terbuang dengan perkara-perkara tidak berfaedah. Semakin direnung dan dimuhasabah, terasa semakin kerdil dengan tanggungjawab yang makin menggunung.
 nik_aziz.jpgLanskap politik di dalam negara kita sedang mengalami proses transformasi. Maklumat samada yang berbentuk sahih ataupun fitnah cukup mudah untuk diakses. Kebijakan dan kematangan yang berasas kepada ilmu yang bertunjangkan kebenaran sahaja yang akan membezakan antara sesama manusia. Manusia bertaqwa yang hanya berwalikan Allah dan rasul sahaja yang akan selamat.

Galeri




Multimedia

Who's Online

Kami ada 13 tetamu online

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini130
mod_vvisit_counterSemalam133
mod_vvisit_counterMinggu Ini263
mod_vvisit_counterBulan Ini975
mod_vvisit_counterKeseluruhan116143

Pengunjung Mengikut Negara

Totals Top 10
 73 % Malaysia (29690)
 8 % China (3434)
 7 % United States (2904)
 3 % Egypt (1081)
 < 1.0 % United Kingdom (519)
 < 1.0 % Unknown (365)
 < 1.0 % Japan (275)
 < 1.0 % Indonesia (220)
 < 1.0 % Latvia (214)
 < 1.0 % Russian Federation (170)
40236 Pelawat Dari 96 Negara

Syndicate


Waktu Solat

Info Zon

Bicara Web


Free chat widget @ ShoutMix

You are here:Muka Depan