110.jpg
Mohd Nasir Zakaria.Padang Terap, Kedah Darul Aman, Malaysia. Merupakan ahli Parlimen Padang Terap. Pendidikan Awal di Sek Keb Kg Belukar,Maktab Mahmud, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Universiti Malaya dalam bidang Syariah & Pengurusan dan akhirnya mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UITM Shah Alam. Untuk maklumat lanjut sila emailkan pada: Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
SYABAS TOK GURU – TINDAKAN YANG BIJAK DAN TEPAT PDF Cetak Emel
Tuesday, 24 November 2009
 nik_aziz.jpgLanskap politik di dalam negara kita sedang mengalami proses transformasi. Maklumat samada yang berbentuk sahih ataupun fitnah cukup mudah untuk diakses. Kebijakan dan kematangan yang berasas kepada ilmu yang bertunjangkan kebenaran sahaja yang akan membezakan antara sesama manusia. Manusia bertaqwa yang hanya berwalikan Allah dan rasul sahaja yang akan selamat.  Saya meneliti dan menelusuri hikmah 10 hari terakhir yang cukup mendebarkan. Berlaku suasana baru di dalam PAS. Bersipongang isu tajaan menunaikan haji dan nepotisma yang berlegar seputar Mursyidu Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

 

Isu pertama berkaitan tajaan haji yang peringkat pertamanya ditepis dengan mudah sahaja oleh Tuan Guru. Memang benar sebagai seorang Tuan Guru yang mencetuskan perubahan sosial yang hebat di dalam masyarakat Malaysia. Kenapa? Beliau adalah Menteri Besar pertama selepas merdeka yang merupakan seorang ulamak dan digelar Tok Guru pada masa yang sama. Tanpa menafikan memang wujud Menteri Besar yang mempunyai pendidikan berlatarbelakangkan agama, namun Tuan Guru ini mempunyai perbezaan yang sangat jauh.

 

Beliau merintis sejarah baru apabila menolak untuk duduk di rumah rasmi kerajaan dan pada masa yang sama menolak elaun perumahan yang sepatutnya beliau dapat. Kehidupan sederhana beliau memang merupakan satu keistimewaan tambahan beliau. Kemampuan beliau yang mendalam di dalam ilmu agama dikongsi bersama rakyat dengan kuliah yang dihadiri ribuan rakyat termasuk di tengah bandar Kota Bharu. Saya pernah mengikuti kuliah beliau semasa belajar di Kelantan pertengahan 90-an. Berjumpa dan bertanya khabar tanpa protokol sebagai MB adalah suasana yang sangat indah. Benarlah sebagi seorang Tok Guru adalah biasa anak murid menaja pemergian beliau termasuk menunaikan haji. Malah dalam banyak hal, ramai murid yang berlumba-lumba untuk berkhidmat termasuk menaja kereta. Malah kadangkala sebagai seorang yang pernah menuntut di pondok adalah biasa bagi pelajar pondok menyimpan barang-barang pemberian tok guru sebagai kenang-kenangan.

 

Peringkat kedua apabila tajaan itu sudah meliputi kaum keluarga beliau termasuk menantu. Ini adalah suatu yang luarbiasa bagi saya. Tajaan itu pula sangat tinggi nilainya. Pendedahan melalui media massa cukup mengejutkan. Serangan dan pertanyaan sahabat-sahabat Ahli Parlimen BN cukup sukar dijawab. Saya memahami bahawa sebagai seorang Tuan Guru yang ikhlas, beliau mungkin sukar untuk menolak siapa sahaja yang akan menajanya tanpa perlu mempersoalkan sumbernya. Namun sebagai MB beliau ialah seorang yang terdedah kepada spekulasi.

 

Siapa yang menajanya adalah amat penting diselidiki kerana beliau ialah Ketua Eksekutif yang mempunyai kuasa meluluskan, menganugerahkan dan memilih sesiapa yang boleh melaksanakan sesuatu projek. Mungkin beliau tidak tahu bahawa menantunya akan turut serta di dalam rombongannya. Apapun justifikasinya, beliau wajar berhati-hati. Saya menunggu dan mencermati tindakan beliau. Tindakannya sangat tepat. Beliau membatalkan pemergian beliau ke Makkah. Tiada lagi isu berbangkit.

 

Isu kedua berlegar mengenai perlantikan menantunya sebagai CEO PMBK. Kata Tuan Guru, perlantikan itu tiada bantahan daripada Legal Adviser. Persoalan yang timbul ialah kelayakan menantu beliau untuk berada di posisi strategik di bawah MB. Pertama, adakah menantunya akan tersenarai untuk memikul tugas penting itu sekiranya beliau bukan menantu MB. Kedua, apakah kelayakan dan pengalaman korporat beliau sudah cukup untuk melayakkan beliau berada di situ. Ketiga, adakah Kelantan sudah tiada calon lain selain beliau untuk menghindari prejudis yang mungkin timbul akibat perlantikan ahli keluarga. Keempat, adakah tiada exco ataupun mana-mana penasihat MB yang menasihatkan kemungkinan buruk yang mungkin timbul. Tambahan pula PAS adalah parti yang konsisten menolak amalan kronisma.

 

Beliau adalah Tok Guru. Tetapi sebagai Tok Guru tetap tidak boleh melantik menantunya sekiranya ia tidak layak dan tiada pengalaman. Beliau juga seorang MB. Sebagai MB, beliau tetap tidak boleh melantik seseorang yang boleh mengundang spekulasi termasuklah melantik seseorang yang laih pengalaman korporatnya. Beliau juga ialah Mursyidul Am PAS iaitu parti yang cukup lantang memperjuangkan ketelusan dan integriti. PAS menolak dengan konsisten isu korupsi, kroni dan nepotis. Sudah tentu beliau adalah paling utama mengamalkannya.

 

Isu-isu kedua tadi diteliti dengan cermat oleh rakyat. Ia boleh menjejaskan kredibiliti PAS dan Mursyidnya. Manakala menantunya pula masih tidak mengambil sikap untuk membantu mertuanya. Menantu yang baik sebolehnya menjaga maruah tok tuanya. Mengambil sikap mempertahankan diri dari tuduhan adalah sikap yang baik. Mempertahankan kedudukan mertua juga adalah sikap yang baik. Justeru, meletakkan jawatan adalah sikap yang terpuji.

 

Tuan Guru berdepan dengan situasi yang baru. Serangan media baru dan media aliran perdana boleh mencemar kewibawaannya. Keputusan PAS Pusat menasihatkan Tuan Guru melepaskan jawatan menantunya datang kemudian. Tuan Guru masih 'mempertahankan' menantunya. Sikap beliau boleh dinilai dari dua sudut. Pertama, beliau yakin perlantikan menantu beliau itu adalah wajar dan mengikut peraturan. Kedua, beliau tetap mahu menantunya terus berada di situ dan menunggu untuk melihat perkembangan seterusnya baik pihak musuh politik dan orang-orang partinya.

 

Rombongan pimpinan PAS menjawab segala sikap Tuan Guru. Tuan Guru mendengar pandangan pimpinan dan anak buah partinya. Beliau dengan pantas mengumumkan nasihat beliau kepada media berkenaan perletakan jawatan menantunya. Sejurus kemudian, menantunya dengan yakin mengumumkan keputusan beliau untuk berundur dan pada masa yang sama tetap berpegang teguh dengan pendirian tidak bersalah. Semudah itu semuanya berakhir...

 

Semua isu tadi sudah tinggal sejarah. Ia juga adalah satu catatan sejarah negara yang membuka lembaran baru pembinaan negara Malaysia yang baru. Tindakan Tuan Guru melambangkan sikap dan watak negarawan yang dimiliki oleh Tuan Guru. Ia sepatutnya menjadi contoh kepada ahli politik negara kita. Mempertahankan integriti kepemimpinannya dan menyerlahkan kewibawaannya. Beliau patuh kepada keputusan mesyuarat walaupun beliau adalah Mursyidul Am. Beliau menasihatkan menantunya meletakkan jawatan, walaupun itu adalah ahli keluarganya. Pimpinan PAS Pusat juga menasihatkan Tuan Guru walaupun beliau adalah Mursyidul Am parti mereka. Menantu Tuan Guru juga dengan mudah dan tenang berundur dari jawatan elit itu. Yang tinggal sekarang ialah kecelaruan dan lintang pukang BN dan parti-parti komponennya yang sedang menunggu kehancuran!

Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 24 November 2009 )
 
< Prev   Seterusnya >

kad_cina_depan.jpgSalam Sejahtera Salam Perubahan

Kepada seluruh Masyarakat Tiong Hua.  Kedah Semakin Aman Semakin Makmur

Salam perjuangan.banner_konvoi.jpg

Terasa lama tak update laman ini. Saya akui kesibukan yang agak ketara dengan sesi percutian penggal parlimen yang agak panjang. Laman ini saya khaskan untuk memberi pandangan sisi terhadap apa yang berlaku.

ust_nasir16.jpgUniversiti Malaya sekali lagi 'under fire'. Saya dan Ahli Parlimen Pasir Putih terus komited membawa isu-isu UM. Selepas pembatalan jualan tanah, isu separuh bogel yang menggegarkan,

awal_muharram.jpgSedar tak sedar kita sedang melangkah ke Tahun Baru Hijrah 1431. Masa begitu pantas. Terasa terlalu banyak masa terbuang dengan perkara-perkara tidak berfaedah. Semakin direnung dan dimuhasabah, terasa semakin kerdil dengan tanggungjawab yang makin menggunung.
 nik_aziz.jpgLanskap politik di dalam negara kita sedang mengalami proses transformasi. Maklumat samada yang berbentuk sahih ataupun fitnah cukup mudah untuk diakses. Kebijakan dan kematangan yang berasas kepada ilmu yang bertunjangkan kebenaran sahaja yang akan membezakan antara sesama manusia. Manusia bertaqwa yang hanya berwalikan Allah dan rasul sahaja yang akan selamat.

Galeri




Multimedia

Who's Online

Kami ada 14 tetamu online

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini129
mod_vvisit_counterSemalam133
mod_vvisit_counterMinggu Ini262
mod_vvisit_counterBulan Ini974
mod_vvisit_counterKeseluruhan116143

Pengunjung Mengikut Negara

Totals Top 10
 73 % Malaysia (29690)
 8 % China (3434)
 7 % United States (2904)
 3 % Egypt (1081)
 < 1.0 % United Kingdom (519)
 < 1.0 % Unknown (365)
 < 1.0 % Japan (275)
 < 1.0 % Indonesia (220)
 < 1.0 % Latvia (214)
 < 1.0 % Russian Federation (170)
40236 Pelawat Dari 96 Negara

Syndicate


Waktu Solat

Info Zon

Bicara Web


Free chat widget @ ShoutMix

You are here:Muka Depan