| Hasil Judi 2.37 Billion: Oh.. Malaysia Tanahairku |
|
|
|
| Monday, 23 November 2009 | |
Saya Buat pertama kali dikejutkan dengan pendedahan yang amat DAHSYAT. RM 2,370 juta bukanlah angka yang kecil. Tetapi inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen pada hari rabu 18 November 2009. Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan. Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan. Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!! Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan. Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!! Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad. Lihatlah Faktanya Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 (RM) Genting Malaysia Berhad 949,802,170 Sport Toto 509,739,584 Magnum Corporation 396,477,793 Pan Malaysia Pools 270,764,197 Pan Malaysia Racing 138,576,130 Daily One Corporation 18,082,749 Sandakan Turf Club 18,182,034 Sarawak Turf and Equestrian Club 29,776,000 JUMLAH 2.37 BILION OOOHHH Malaysia Tanahairku... Lu PIKIRLA SENDIRI Rujuk Handsard mukasurat 113-119 |
|
| Terakhir dikemaskini ( Monday, 23 November 2009 ) |
| < Prev | Seterusnya > |
|---|
| Totals Top 10 | ||
![]() | 73 % | Malaysia (29690) |
![]() | 8 % | China (3434) |
![]() | 7 % | United States (2904) |
![]() | 3 % | Egypt (1081) |
![]() | < 1.0 % | United Kingdom (519) |
![]() | < 1.0 % | Unknown (365) |
![]() | < 1.0 % | Japan (275) |
![]() | < 1.0 % | Indonesia (220) |
![]() | < 1.0 % | Latvia (214) |
![]() | < 1.0 % | Russian Federation (170) |
| 40236 Pelawat Dari 96 Negara | ||