110.jpg
Mohd Nasir Zakaria.Padang Terap, Kedah Darul Aman, Malaysia. Merupakan ahli Parlimen Padang Terap. Pendidikan Awal di Sek Keb Kg Belukar,Maktab Mahmud, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Universiti Malaya dalam bidang Syariah & Pengurusan dan akhirnya mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UITM Shah Alam. Untuk maklumat lanjut sila emailkan pada: Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
PENINGKATAN HASIL HUTAN 205%! : TAHNIAH USTAZ AZIZAN DAN PEGAWAI PDF Cetak Emel
Wednesday, 04 November 2009

u_azizan.jpgSaya meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2008 bagi negeri Kedah Darulaman.  Laporan audit bagi tahun pertama pemerintahan Ustaz Azizan amat penting sebagai pembakar semangat kepada tahun-tahun seterusnya. Laporan Ketua Audit Negara mengiktiraf dasar jimat cermat Kerajaan Ustaz Azizan.

Laporan Ketua Audit Negara adalah satu mekanisma kerajaan untuk memberi pendapat terhadap penyata kewangan kerajaan negeri menggambarkan kedudukan yang benar atau saksama ataua sebaliknya. Ia juga memberikan pendapat terhadap rekod perakaunan mengenainya   diselenggarakan mengikut peraturan atau tidak. Yang lebih penting ialah ia adalah cara kerajaan untuk mengawal dan mengenalpasti ketirisan atau rasuah yang  berlaku. Terlalu banyak kepincangan yang berlaku dalam pengurusan harta rakyat dalam laporan bagi kementerian yang dikesan pada tahun 2008.

 LEGASI BNFokus saya ialah Kedah. Secara umum kedudukan kewangan Kedah memuaskan. Namun perlu diingat ustaz Azizan dan pegawainya mewarisi legasi hutang zaman sebelumnya berjumlah 2 Billion!! Ia juga terpaksa mendepani dan memikul beban kesilapan kerajaan BN sebelum ini. Inilah yang dikatakan sumber yang kita gunakan pada hari ini merupakan pinjaman kita dari generasi akan datang. Perlu dicatatkan bahawa hasil kerajaan negeri didapati daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil.

PENGURUSAN HUTANbalak.jpgKetika saya menjejak kaki semula ke Padang Terap selepas berkelana menuntut ilmu selama 20 tahun, saya dapati padang Terap berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Bukit-bukaunya botak, ditarah segala balak. Berlaku ketidakseimbangan ekosistem, berlaku banjir yang jarang berlaku, air sungai amat keruh yang satu ketika dulu adalah tempat saya berkelah dan mencari ikan. Bukit yang dulunya tempat saya dan keluarga mencari buah berangan, petai dan menahan ciding sudah berubah wajah.

Pemimpin terdahulu meluluskan balak tanpa kawalan. Balak ditebang sehingga hampir ke gigi empangan Muda Pedu yang membekalkan air ke seluruh Kedah. Yang paling malang ialah balak didiluluskan ditempat lain, tempat lain pula yang ditebang. Sehektar balak milik rakyat  yang untungnya mungkin mencecah puluhan ribu, hanya RM1000 sahaja premiumnya kembali kepada kerajaan.

Ustaz Azizan amat memahami permainan ‘politik balak’ ini. Duit yang sepatutnya sampai kepada rakyat ‘hilang’ atau tiris di tengah jalan. Ustaz Azizan dengan penuh keberanian mengubah senario ini. Beliau membuka tender balak. Tender terbuka melonjakkan pendapatan kerajaan negeri. Paling menarik ialah peningkatan  hasil hutan ini meningkat 205.5% berbanding sebelumnya.

Pendapatan negeri bagi 2007 hanyalah berjumlah RM9.21 juta melonjak menjadi RM28.14 juta. Bagi sebuah negeri seperti Kedah, ia adalah satu jumlah yang amat besar yang boleh digunakan bagi manfaat rakyat Kedah. Saya percaya pengurusan hutan yang baik, bermula dengan polisi yang penuh rasa kebertanggungjawaban kepada Allah serta disambut dengan rasa amanah oleh para pegawai yang berdedikasi pasti akan mengundang rahmat Allah.

Apapun ia adalah permulaan cemerlang bagi Ustaz Azizan. Tahniah.  Firman Allah “Dan sekiranya penduduk sebuah negeri beriman dan bertaqwa, nescaya kami akan bukakan kepadanya pintu berkat dari langit dan bumi…” Surah al-A’raf 96 

Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS
Negeri Kedah
Ahli Parlimen Padang Terap

Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 04 November 2009 )
 
< Prev   Seterusnya >

kad_cina_depan.jpgSalam Sejahtera Salam Perubahan

Kepada seluruh Masyarakat Tiong Hua.  Kedah Semakin Aman Semakin Makmur

Salam perjuangan.banner_konvoi.jpg

Terasa lama tak update laman ini. Saya akui kesibukan yang agak ketara dengan sesi percutian penggal parlimen yang agak panjang. Laman ini saya khaskan untuk memberi pandangan sisi terhadap apa yang berlaku.

ust_nasir16.jpgUniversiti Malaya sekali lagi 'under fire'. Saya dan Ahli Parlimen Pasir Putih terus komited membawa isu-isu UM. Selepas pembatalan jualan tanah, isu separuh bogel yang menggegarkan,

awal_muharram.jpgSedar tak sedar kita sedang melangkah ke Tahun Baru Hijrah 1431. Masa begitu pantas. Terasa terlalu banyak masa terbuang dengan perkara-perkara tidak berfaedah. Semakin direnung dan dimuhasabah, terasa semakin kerdil dengan tanggungjawab yang makin menggunung.
 nik_aziz.jpgLanskap politik di dalam negara kita sedang mengalami proses transformasi. Maklumat samada yang berbentuk sahih ataupun fitnah cukup mudah untuk diakses. Kebijakan dan kematangan yang berasas kepada ilmu yang bertunjangkan kebenaran sahaja yang akan membezakan antara sesama manusia. Manusia bertaqwa yang hanya berwalikan Allah dan rasul sahaja yang akan selamat.

Galeri




Multimedia

Who's Online

Kami ada 9 tetamu online

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini120
mod_vvisit_counterSemalam133
mod_vvisit_counterMinggu Ini253
mod_vvisit_counterBulan Ini965
mod_vvisit_counterKeseluruhan116133

Pengunjung Mengikut Negara

Totals Top 10
 73 % Malaysia (29690)
 8 % China (3434)
 7 % United States (2904)
 3 % Egypt (1081)
 < 1.0 % United Kingdom (519)
 < 1.0 % Unknown (365)
 < 1.0 % Japan (275)
 < 1.0 % Indonesia (220)
 < 1.0 % Latvia (214)
 < 1.0 % Russian Federation (170)
40236 Pelawat Dari 96 Negara

Syndicate


Waktu Solat

Info Zon

Bicara Web


Free chat widget @ ShoutMix

You are here:Muka Depan