110.jpg
Mohd Nasir Zakaria.Padang Terap, Kedah Darul Aman, Malaysia. Merupakan ahli Parlimen Padang Terap. Pendidikan Awal di Sek Keb Kg Belukar,Maktab Mahmud, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Universiti Malaya dalam bidang Syariah & Pengurusan dan akhirnya mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari UITM Shah Alam. Untuk maklumat lanjut sila emailkan pada: Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
Semua Pejuang Berkorban Demi Negara PDF Cetak Emel
Sunday, 25 October 2009

pejuang.jpgDimensi pemikiran saya terhadap pejuang agama, negara dan bangsa berubah selepas saya diamanahkan menjadi Ahli Parlimen. Saya berkesempatan menziarahi dan bertemu dengan ramai manusia yang pada saya layak digelar pejuang. Tambahan pula minat saya membaca buku-buku memoir tokoh-tokoh hebat negara kita ataupun dunia.

 Semua mereka (termasuk yang pernah terlibat dalam Parti Komunis Malaya) menganggap diri mereka pejuang. Apa yang membezakan mereka semua ialah ada yang berjaya dalam perjuangan sehingga berjaya memegang jawatan yang besar di dalam kerajaan termasuk menjadi menteri, manakala sebahagian dari mereka terpaksa akur untuk berada di barisan yang kalah lalu merekapun dilupakan oleh sejarah.

Kadangkala sejarah dan kehidupan ini amat zalim. Biasanya yang berjaya itulah yang benar. Lalu yang kalah itu adalah salah. Hukumnya terlalu mudah. Yang menang akan dianugerahkan dengan pelbagai gelar kebesaran.Manakala yang kalah terus dihina dan dipandang rendah. Mereka yang menang menulis dan menguasai segalanya termasuklah sejarah. Berita dan cerita 'kehebatan' mereka bersambung dari bibir ke bibir. 

Saya amat bertuah apabila kembalinya saya ke Padang Terap. Masih ramai pejuang termasuklah yang berjuang demi agama, bangsa dan negara ini yang masih hidup untuk mempertahankan perjuangan mereka. Ada kalangan mereka yang dihumban ke dalam penjara. Ada yang ditohmah, keluarga mereka dicemuh, disakiti, dipulau dan ada yang dibunuh tanpa pusara. Sebahagian dari mereka Allah takdirkan untuk bersama sampai hari ini untuk melihat hasil perjuangan, Sebahagiannya diambil nyawa mereka di dalam perjuangan. 

Saya amat prihatin kepada golongan pejuang ini. Sebahagiannya terlibat dengan pembangkang lalu mereka diketepikan penghormatan dan bantuan. Bagi saya semua yang perjuangkan agama, bangsa dan negara adalah pejuang yang layak mendapat penghargaan bukan hanya yang menang ataupun yang terlibat di dalam pasukan keselamatan sahaja. Ada pejuang yang pernah dihumban ke dalam ISA tanpa pernah dibuktikan kesalahan mereka. Lalu keluarga mereka dihina, anak mereka dipulau dan dituduh ayah mereka penjenayah dan sebagainya.

 Seri Pahlawan Gagah Perkasa ini bagi saya adalah pingat untuk semua pejuang ini. tanpa mengira pembangkang atau kerajaan sekiranya mereka layak. Satu mekanisme perlu digariskan oleh kerajaan agar semuanya merasai nikmat negara ini. Mereka ialah manusia-manusia pemberani yang sanggup berkorban nyawa dan darah demi kesejahteraan hidup kita masa kini.

Saya turunkan sebuah sajak yang pernah di tulis oleh Sasterawan Negara Usman Awang untuk renungan kita bersama. Ia bertajuk Pahlawan.

Jika hilangmu tanpa pusara

Jika pusaramu tanpa nama

Jika pusaramu tanpa bunga

Mereka mengatakan engkau penderhaka

Engkau tetap pahlawan

Sungai Pahang berubah merah

Rumput tebingnya segala musnah

Satu-satu pahlawan rebah

Arus merahnya menjulang mayat

Pahlawan bangsa pahlawan rakyat

Tujuh liang dadanya tersayat

Hari ketiga sidang dewan pada kali ini membahaskan pindaan Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan)
1990. Akta yang dipinda ini akan menjadikan elaun yang diterima bagi pemegang pingat ini bertambah daripada RM400 ringgit sebulan kepada RM 2000.

 Secara peibadi saya mengalu-alukan pindaan ini. Sebenarnya anggota keselamatan yang dianugerahkan pingat ini bukanlah ramai pun. Tidak sampai 100 orang yang masih hidup. Meraka yang mendapat pingat ini adalah mereka yang pernah tercedera semasa operasi atau semasa menjalankan tugas bagi mempertahankan negara.

Lihat ucapan saya muka surat 44 http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-21102009.pdf

 

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 05 November 2009 )
 
< Prev   Seterusnya >

kad_cina_depan.jpgSalam Sejahtera Salam Perubahan

Kepada seluruh Masyarakat Tiong Hua.  Kedah Semakin Aman Semakin Makmur

Salam perjuangan.banner_konvoi.jpg

Terasa lama tak update laman ini. Saya akui kesibukan yang agak ketara dengan sesi percutian penggal parlimen yang agak panjang. Laman ini saya khaskan untuk memberi pandangan sisi terhadap apa yang berlaku.

ust_nasir16.jpgUniversiti Malaya sekali lagi 'under fire'. Saya dan Ahli Parlimen Pasir Putih terus komited membawa isu-isu UM. Selepas pembatalan jualan tanah, isu separuh bogel yang menggegarkan,

awal_muharram.jpgSedar tak sedar kita sedang melangkah ke Tahun Baru Hijrah 1431. Masa begitu pantas. Terasa terlalu banyak masa terbuang dengan perkara-perkara tidak berfaedah. Semakin direnung dan dimuhasabah, terasa semakin kerdil dengan tanggungjawab yang makin menggunung.
 nik_aziz.jpgLanskap politik di dalam negara kita sedang mengalami proses transformasi. Maklumat samada yang berbentuk sahih ataupun fitnah cukup mudah untuk diakses. Kebijakan dan kematangan yang berasas kepada ilmu yang bertunjangkan kebenaran sahaja yang akan membezakan antara sesama manusia. Manusia bertaqwa yang hanya berwalikan Allah dan rasul sahaja yang akan selamat.

Galeri




Multimedia

Who's Online

Kami ada 13 tetamu online

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini129
mod_vvisit_counterSemalam133
mod_vvisit_counterMinggu Ini262
mod_vvisit_counterBulan Ini974
mod_vvisit_counterKeseluruhan116143

Pengunjung Mengikut Negara

Totals Top 10
 73 % Malaysia (29690)
 8 % China (3434)
 7 % United States (2904)
 3 % Egypt (1081)
 < 1.0 % United Kingdom (519)
 < 1.0 % Unknown (365)
 < 1.0 % Japan (275)
 < 1.0 % Indonesia (220)
 < 1.0 % Latvia (214)
 < 1.0 % Russian Federation (170)
40236 Pelawat Dari 96 Negara

Syndicate


Waktu Solat

Info Zon

Bicara Web


Free chat widget @ ShoutMix

You are here:Muka Depan